Pening la...

Assalamualaikum..

Sekarang saya berada dalam makmal komputer UV. Hari ni belajar pasal Joomla. Pening betul dibuatnya. Mana taknya benda tak pernah belajar jadi memang susah la nak paham..huhuhu.. Tapi saya cuba jugak untuk pahamkan ape yang en firdaus ajar. 

Apa yang en firdaus ajar rasanya agak laju dan payah nak tangkap. Tapi saya cuba untuk fahamkan walaupun agak payah. Inilah yang dikatakan cabaran dalam belajar. Nampaknya lepas ni saya kena explore dan belajar sendiri untuk lebih faham. 

Rasa macam dah nak beku duduk dalam makmal komputer nie. Dah la sejuk..huhuhu.. Bak kata Mira 'macam dekat kutub je rasanya'. Memang pun.. tangan ni macam dah keras je rasanya..Sejuk giler la.. Ni pun xtau la habis kelas pukul bpe.. Mintak2 jap lagi habis kelas..


Esok Ada Ujian 2 Audio Video

Assalamualaikum..


Hari n ada Speaking untuk MUET..memang kelakar je tadi. Maklumlah dah la tak biasa speaking depan kawan-kawan..macam-macam telatah dapat disaksikan.. Memang tergagap-gagap jugak la masa speaking tadi. Lidah dah keras kot..hehehe.. Macam mana la masa ujian speaking betul-betul nanti..huhuhu.. Mintak-mintak dapat buat dengan baik..


Esok saya akan menduduki ujian 2 untuk subjek Teknologi Audio Video. Dah la tak study lagi. Macam mana la nak jawab soalan esok..huhuhu.. Bukannya apa, nak study tapi skarang ni masih takde mood nak study. Kalau takde mood sama je macam tak study..Betul tak??


Esok pun jadual agak padat. Pagi ada ujian petang pulak ada kelas IP. En Firdaus nak ajar cara menggunakan Joomla. Kalau dia tak ajar macam mana nak siapkan projek web..Betul tak?? Mintak-mintak kelas IP habis awal la sikit. Tak larat rasanya tiap-tiap hari habis kelas lambat. Jeles lak rasanya bila tengok kawan-kawan lain habis kelas awal..


Sampai sini dahulu untuk entri kali ini. Saya nak siapkan tugasan bagi subjek Pertanian. Due date adalah esok. Jadi baik siapkan sekarang. Lepas ni nak study AV lak..Gudluck pada kawan-kawan yang menduduki ujian esok.. ;)

Hari Yang Sangat Memenatkan...

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir nie, saya rajin jugak la menjenguk blog saya nih. Maklumlah line broadband ok. Kalau tak, memang susah la bukak blog nie. Kalau nak harapkan wifi kat sini memang tak dapat connect internet la jawabnya. hehehe. Perjalanan rutin hari ni takde la menyeronokkan tetapi sebaliknya amat memenatkan. Hari nie jadual xdela padat sangat tapi kelas sampai petang. Rasa macam tak bermaya masa waktu makmal pembinaan. Letih je rasa. Maklumlah tenaga saya ni tak macam orang lain. Selalu je penat. Macam ni la kalau dah sakit..huhuhu. Inilah yang dinamakan dugaan. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi. 

Masa waktu makmal pembinaan, kami ditugaskan untuk menyiapkan projek akhir yang telah dipilih. Minggu depan adalah minggu yang amat sibuk yang mana kami perlu membuat presentation pada 4 hingga 8 April ni mengenai projek tersebut ditambah dengan presentation web dan peperiksaan MUET. Memang tension je bila difikirkan. huhuhu. Inilah yang dinamakan 'student life'. Sentiasa sibuk dengan tugasan yang tidak akan pernah habis. 

Rasa penat itu hilang seketika bila projek yang kami buat telah menjadi. Memang rasa seronok sangat masa tu. Hanya Allah je yang tahu perasaan itu. Syukur alhamdulillah. Akhirnya menjadi jugak projek yang kami pilih tu. Lepas ni fokus untuk menyiapkan report akhir dan projek web pulak. Pape pun saya akan buat yang terbaik untuk sem akhir nie. Doakan kejayaan saya. Sampai di sini dahulu buat kali ni. Bila ada masa saya akan cuba update blog nie lagi. Gudnite ;)

Assignment Oh Assignment

Assalamualaikum..

Pada waktu pagi yang hening ini, semua ditemani mimpi indah sedangkan saya bersengkang mata untuk menyiapkan assignment yang diberikan. Inilah padahnya menyiapkan tugasan pada saat-saat akhir. Bukannya ape, saya tak biasa menyiapkan kerja pada waktu awal. Ini kerana saya lebih gemar menyiapkan tugasan pada waktu akhir. Tugasan yang sedang saya siapkan ialah subjek Audio Video. 

Minggu depan merupakan minggu yang amat sibuk kerana pada waktu itu peperiksaan MUET dijalankan & segala projek dihantar pada minggu yang sama. Exam MUET+Presentation Projek+Presentation Web. Memang banyak kerja yang perlu disiapkan.

Sampai di sini dahulu buat kali ini. Saya ingin menyambung kembali tugasan yang tergendala sebentar tadi. ;)

Bosan -_-

Assalamualaikum semua..

Semalam rasa seronok sangat sebab dapat keluar ngan member2 yang sekepala iaitu Ismarina, Mazmira, Hidayah & Suhana..memang best la..Mula-mula tak rancang pun nak keluar dari hostel nie..tu pun sebab rasa stress sangat (macam2 masalah kena pikir)..Mana taknya assignment web tak usik langsung tambah pulak takde mood nak wat keje & khamis ni ada presentation+test 2..Minggu ni akan bertambah sibuk la nampaknya..Ntah la sekarang nie rasa macam tak sabar nak keluar dari sini & nak balik rumah..Dah sebulan tak balik rumah..Rasa macam lama sangat tak balik rumah..I miss my family so much..huhu.. ;(

Masa dah dapat kata sepakat sebelum keluar, mula2 plan nak pegi amik handphone kt kedai (baru je beli dh wat problem)..then pegi makan, main bowling & pegi pantai untuk release stress la kononnya..tapi ape yang ada dalam list ni bukannya sempat wat pun..lain yang dirancang lain pulak yang kitorang wat..Sesampainya kitorang kat PD, sy pegi amik handphone dulu..sedih je bila dia cakap "handphone ni masih ada warranty. If I repair this, ur handphone dah takde warranty. Lebih baik u hantar kt kedai yg u beli dulu. Free of charge." (Masalahnya nak hantar kat ipoh tu bukannya dekat dari teluk intan..) Lepas amik handphone, kitorang gi makan kt belakang The Store PD..Memang lapar giler la masa tu..Selesai makan kitorang g main bowling pulak kt The Store tu..

Bersama Mira & Dayah

Suhana & Ismarina

Mira yang sedang membaca nota ;)

Bersama sahabat baik ;)

Bila dah habis main, kitorang pegi pulak cari hadiah untuk aishah..Isma & suhana je yg pegi cari hadiah..yang lain pegi jalan2 dalam The Store tu je..Mula2 kitorang pegi kedai CD (ingat nak cari cerita korea yg baru tapi takde la pulak..sedih je..) sy kan minat tengok cerita korea nie..hehehe.. Pastu ktorang pegi PD Walk pulak..dah penat berjalan, kitorang pegi karaoke (nak release tension la katakan..kui3..) kitorang amik pakej 2 jam je (kan pegi karaoke tu takde dalam senarai..hehe..) Kirorang lepaskan tension dengan menyanyi sesuka hati..Macam2 lagu jadi pilihan..rock, jiwang, sedih, pop, hindustan & macam2 lagi la..Bila dah cukup masa, kitorang singgah ke destinasi terakhir iaitu KFC (beli untuk makan malam punya..hehehe..).. Settle semua, kitorang pun bertolak balik..Terhibur jugak la hati nie walaupun tak dapat balik rumah minggu nie..huhu..

Jalan-Jalan ;)

Assalamualaikum semua..

Pada hari sabtu yang lepas, sudah menjadi rutin mingguan untuk kami menghadiri aktiviti kokurikulum iaitu bola jaring..Seperti biasa, sy terpaksa bangun awal untuk bersiap jika ada aktiviti ko kurikumum..jika tidak, sy akan sambung tido dan bangun lambat sedikit daripada hari-hari biasa..hehehe..paham2 jelah ye.. ;) Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan terakhir di mana kami ditugaskan untuk membuat kertas kerja perlawanan bola jaring..Cik Ika menerangkan bagaimana caranya untuk membuat kertas kerja tersebut..Kami diberi masa sehingga Khamis untuk menyerahkan kertas kerja yang telah siap kepada HEP..Antara ahli2 yang berada di dalam kumpulan sy ialah Iriana, Raudha, Ayu, Nabila & Nazzira..Sy sebagai pengarah program yang dilantik oleh Iriana terpaksa menggalas tanggungjawab untuk menyiapkan kertas kerja tersebut (ayat xboleh blah je kan..hahaha..)

Setelah selesai perjumpaan tesebut, sy, Dayah, Ika & Naz bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Melaka..Tapi sebelum tu, kami terpaksa mengambil Mira di rumah..Yelah takkan nak biarkan Dayah beli komponen tu sorang2 pulak kan..Ni kan kerja berkumpulan..Mana taknya, kami pergi ke Melaka semata-mata mencari komponen elektronik yang masih belum dijumpai dan mencari komponen baru untuk menyiapkan projek akhir sebelum tamat pengajian diploma di sini..Penat jugak la maklumlah sy ni bukannya 'familiar' sangat dengan tempat orang ni..Tempat sendiri pun tak habis jalan lagi inikan pulak kat tempat orang..hehehe..Agak pening jugaklah nak bawak kete dengan keadaan yg mengantuk..Mana taknya orang lain tido awal tapi saya tido pukul 2.00 pagi..Ape nak jadilah agaknya..huhuhu..Ni semua gara-gara main Baking Life..Dah jadi ketagih lak..Lau tak main sehari rasa tak sempurna hari tu...chewah..Pape jelah kan..hehehe.. ;)

Semasa sampai di bandar Melaka, kami terus cari kedai menjual komponen tu..Dah la kedai agak tersorok pulak tu..dengan jalan sehala lagi..Tension je..huhuhu..Bila kami sampai di sana, kami terus ke kedai yang dimaksudkan..Kami terserempak dengan Hariz & Aizat..Diorang pun cari komponen jugak rupanya..Tapi masa tu diorang dah selesai beli..mungkin on the way nak balik hostel semula..Masa kt kedai tu kami beli la semua komponen yang diperlukan saja..Nak dekat RM50 jugak la kt situ je..Takpelah demi menyiapkan projek akhir..(pasrah je bunyinya..hehehe..)

Setelah selesai semua perkara, kami pun pergi ke JJ MC..bila sampai je terus cari makan maklumlah sebelum bertolak tak sempat nak sarapan dulu..huhuhu..Bila dah sampai medan selera dah tak tau nak makan apa pulak..last2 sy makan yong tau foo je..hehehe..yang lain makan nasi ayam kecuali Ika makan kueytiaw sizzling..macam sedap je..xpe2 lain kali makan benda lain pulak..hehehe..bila dah kenyang semua, kami jalan2 la dalam JJ tu..Banyak kedai jugak la ktorang singgah untuk mengisi masa terluang..hahaha..Agak seronok la jugak..bukan senang nak jalan2 macam tu..huhuhu..Bila dah puas berjalan, last sy dan Mira g beli pizza kat Papa Johns..sedap jugak la kan...Memang time tu ada promotion tu yang dapat separuh harga je..bukan senang dapat promosi macam tu..

Dalam pukul 5 kami bertolak pulang..Bukan ape lau lambat gerak dari sana, nanti lambat pulak sampai hostel..terhibur juga la hati nie..kalau tak memang pikir nak balik rumah je..Bila dah selesai semua, sy pun hantar Mira pulang ke rumah semula..Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang..Memang penat jugak la kan..Yelah dah lama tak drive jauh2 nie..Memang enjoy jugak la..dapat hilangkan stress ni sikit..Minggu ni pulak ada test 2 Pengkomputeran Internet (IP)..Dah la tak study lg..lepas ni sy akan jarang update blog nih..Maklumlah awal bulan April nie ada exam MUET..Doakan sy semoga boleh buat dengan baik...Insyaallah.. ;)

Hari-hari ada kelas..

Assalamualaikum semua..wah lama sungguh tak update blog nih..maklumlah sekarang ni asyik sibuk je..memang sibuk sangat sampai takde masa nak rehat..inilah lifestyle seorang pelajar tambah pulak ini merupakan semester akhir saya..Tension jugak rasanya bila fikirkan pasal benda ni..huhu..Mana tak nya kena buat projek akhir pembinaan+projek web+segala assignment yang kena disiapkan..


Dah lama tak balik rumah..rasa macam tak best je bila tak dapat balik rumah..ni baru je dapat berita yang mana sesiapa yang sudah settle UPU tidak dibenarkan pulang ke rumah...Nape pulak cmtu..tak adil la..dah la bukan senang dapat balik rumah..tension la macam nie..Eiii bengang betul la..Tak adil x100...sedih la macam nie..sedih sangat3... ;(


Rasa tension sangat sekarang nie...tolong sy..xde sape paham pe yg sy rasa..mak nak balik rumah..tension la duduk sini..dah la semua buat hal masing-masing..tak kira hujung minggu ni nak kuar jugak..nak release stress ni..dah tak tahan rasanya..anybody help me!!! Bengang sangat3...Pe yg boleh sy wat utk hilangkan sterss ni??? 


Dah la tiap2 hujung minggu ada aktiviti kokurikulum..ble masa dapat balik lau cmni..TENSION!!!!!