Flash Oh Flash...

Assalamualaikum...

Hari ni masuk kelas pukul 9 tadi tapi sampai sekarang kelas tak mula-mula lagi..macam takde kelas je rasanya..huhuhu..Ni dah tak tau nak wat pe dah..bosan tahap pe ntah la..yang pasti kitorang semua duduk dalam makmal ni dah macam pe je..nak wat flash takde mood la pulak..so online jelah kejenye..hahaha..nak hilangkan bosan la katakan.. :)

Sekarang ni kitorang menunggu kedatangan tenaga pengajar untuk mengajar kitorang tentang flash ni..minggu lepas belajar tentang design & animation but minggu ni belajar wat programming..Tak tahulah kelas hari ni mula pukul berapa..Pagi tadi cakap kelas akan mula pada pukul 11.00 pagi tapi sampai sekarang tak mula-mula lagi..banyang pun tak nampak lagi..mungkin sekarang ni tengah on the way ke sini kot..Takpe kita wait & see..

Rasa sekarang ni macam takde kelas je..mungkin pukul 2.30 nanti baru mula kot..alang-alang kan..biarlah mula kelas lepas rehat..hehehe..suka hati je cakap camtu kan..Masing-masing tengah wat kerja yang diberikan..ada yang online macam saya je, ada yang wat flash untuk present nanti & ada yang main game..suka hati diorang la nak wat pape pun asalkan diorang bahagia..K lah ni dah tak tau nak tulis pe dah..enjoy your day..sekian.. :)




Malam yang sangat sunyi

Assalamualaikum...

Malam ni rasa macam sunyi sangat la pulak..tak tau la nape..mungkin sebab masing-masing wat hal sendiri kot..dah la dalam rumah ni ada 3 orang je..huhu..kalau ramai takde la rasa sunyi sangat kot..


Hari ni baru dapat rehat..maklumlah dari Isnin sampai Jumaat kan ada kursus..rasa macam tak cukup rehat pun ada..bangun pagi-pagi kelas habis pukul 5.30 petang..letih sangat rasa hanya Allah je yang tau..Waktu malam pulak rasa macam kejap sangat..mana taknya waktu siang dihabiskan dalam makmal komputer..rasa-rasa ada dalam 8 jam kot terpaksa menghadap skrin laptop..kadang-kadang sampai rasa pening sangat kepala ni..


Petang tadi kitorang pegi jalan-jalan kat Giant Lukut untuk lepaskan tension..maklumlah stress kot terpaksa wat flash..sampai rasa nak menangis bila tak dapat wat flash yang diajar oleh Encik Azrul..Minggu ni belajar wat design & animation..memang best sangat bila flash yang kita wat tu jadi tapi bila tak dapat wat tension la pulak..Adat la tu kan..hehehe..Minggu depan kitorang belajar programming pulak..mintak-mintak dapat la buat dengan baik..


Pejam celik pejam celik dah 2 minggu saya mengikuti kursus ni..Lagi 2 minggu je nak tamat..Tak sabar rasanya..hehehe..Lepas ni tak tau la nak wat pe bila ada kat rumah..harap-harap ada kerja yang boleh dibuat.. :)

Penat la...

Assalamualaikum..

Wah lama sungguh tak menjenguk blog ni..maklumlah tak cukup masa nak update tiap-tiap hari..lainlah kalau takde kerja boleh update selalu..semalan pun online sekejap untuk tukar template blog & ubah lagu lain..sekarang ni sibuk dengan kursus flash pulak..minggu lepas belajar tentang soft skills tapi minggu ni belajar wat flash 2D..

Memang penat sangat bila kena menghadap komputer selama 8 jam tiap-tiap hari untuk belajar wat flash ni..kadang-kadang sampai sakit pinggang sebab duduk lama sangat..dah macam orang tua pulak asyik sakit-sakit badan je..tapi kadang-kadang pening jugak bila dengar En. Azrul tu mengajar..Maklumlah belajar wat flash ni masa sem 3 dulu..dah berapa sem tinggalkan benda ni alih-alih kena belajar semula untuk mantapkan lagi skill yang pernah dipelajari dahulu...cheewahh..ayat nak gempak je..hahaha.. :)

Kursus ni diadakan selama 20 hari..tapi bila dicampurkan sabtu & ahad hampir sebulan jugak la kena duduk dalam UV ni..bukan ape, ada kawan-kawan yang sedang menjalankan praktikal & ada juga yang sudah bekerja..bila lagi saya akan mengikut jejak langkah mereka..tunggu dan lihat sajalah..Cadangnya selepas tamat kursus ni saya akan memohon untuk menjadi guru ganti atau bekerja di kantin sekolah..Itu pun kalau dapat..kalau tidak, saya akan menghabiskan masa di rumah sahaja..tolong kerja apa yang patut..hehehe.. :)

Saya harap dapat mengikuti kursus ini dengan jayanya..Insyaallah.. :)

Cuti Sudah Bermula ;)

Assalamualaikum...

Cuti sudah bermula..yeah!! sekarang saya berada di rumah selama seminggu untuk menghabiskan cuti bersama keluarga..hari ahad ni akan balik ke PD semula untuk menghadiri kursus flash 2D yang akan diadakan di UV..kursus ini tidak diwajibkan tetapi sesiapa yang berminat sahaja yang menyertainya..kursus ini bermula pada 16 Mei 2011 sehingga 11 Jun 2011..nak dekat sebulan jugak saya berada di UV..orang lain dah bercuti ke sana sini tapi saya berada di UV..takpe nilai sijil ni lagi tinggi..rugi pulak kalau tak join..

Tapi bila ada di rumah bosan la pulak..mungkin sebab tak pegi jalan2 kot..ntah la..saya ni sebenarnya kaki jalan..kalau boleh nak pegi jalan2 je sepanjang hari..boleh ke?? nanti tak larat padan muka..huhuhu..saya dah tak tau nak tulis pe lagi..yang pasti memang bosan kalau tak dapat keluar pegi jalan2..huhuhu..tetiba2 rindu pulak pada kawan2 DKTM..maklumlah lepas ni masa konvo jelah dapat jumpa..harap2 diorang tak lupa pada saya ni..bila ada masa nanti saya update blog nih ye.. ;)

Tak sabarnya nak habis exam... ;)

Assalamualaikum...

Esok merupakan paper akhir bagi pelajar DKTM sem 6..lepas tu merdeka!!! Akhirnya tamat juga pengajian selama 3 tahun di kolej ini..macam2 dugaan telah kami lalui sepanjang belajar di sini..tak sangka akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian di sini..macam tak percaya je dah 3 tahun di sini..pejam celik pejam celik dah 3 tahun..hahaha..

Sebenarnya esok ada paper pukul 8.30 pagi tapi tak taulah dapat jawab ke tak..risau la pulak..huhuhu..mintak2 dapat jawab dengan baik..nak study tapi takde mood la pulak..macam mane nie? huhuhu..

Lepas ni dah tak dapat jumpa kawan2 sekelas..maklumlah semua dah balik ke kampung halaman masing2..bila la agaknya dapat berjumpa kembali..huhu.. sampai di sini dulu buat kali ini..nak pegi sambung study la..selamat malam.. ;)

Lagi 1 paper je.. ;)

Assalamualaikum...

Dah berapa hari tak update blog nih..rindu pulak rasanya...chewahhh..geli je bila baca ayat tu..hahaha..maklumlah sekarang ni kan musim peperiksaan akhir..jadi masa untuk update blog ni memang takde..fokus untuk final la katakan..hehehe..(fokus la sangat)..

Semalam lepas je habis paper Audio Video, kami pelajar perempuan DKTM telah keluar bersama-sama sebelum habis sem ni..lepas ni makin susah la nak jumpa..masing2 balik ke kampung halaman..walaupun dapat jalan2 kejap je tapi semua enjoy je..ini adalah antara cara untuk release tension sebelum last paper sabtu nie..

Kepada kawan2 yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semoga kita semua berjaya...Good luck..Chaiyok2!!