Konvokesyen

Assalamualaikum semua..


Apa khabar kawan-kawan semua? Harap sihat sejahtera hendaknya. Dah lama rasanya tak update blog ni. Mana taknya banyak kerja kena buat bila ada waktu terluang. Sebenarnya saya nak update pasal konvokesyen yang berlangsung pada 20 Oktober 2011 (Khamis) yang lalu. Disebabkan macam-macam hal yang berlaku, jadi inilah masa yang sesuai untuk saya mengupdate blog. 

Konvokesyen ini diadakan di UPM, Serdang. Sepatutnya saya konvo 2 kali. Disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan jadi saya hanya pergi konvokesyen yang diadakan di UPM sahaja. Konvo yang pertama diadakan di Klana Beach Resort, Seremban pada 8 Oktober 2011. Saya hanya melihat gambar-gambar yang mereka upload di Facebook. Rasa macam tak seronok bila tak pergi konvo yang kolej buat. Bukan senang nak jumpa kawan-kawan kolej lagi. Ada yang dah kerja, ada yang sambung belajar macam saya dan ada jugak yang masih menganggur. Bila la dapat jumpa mereka lagi. 

Ini antara gambar-gambar yang sempat ditangkap semasa majlis konvokesyen:

Emak saya & emak Yani
 (rupanya mereka berkawan dari sekolah rendah)

Sebelum berkumpul

Naz & Yani 

Inilah kawan-kawan perempuan yang hadir

Disebabkan terlalu lama menunggu untuk masuk ke dewan, kami pun bergambar la.

Selepas tamat majlis.

Masa ni semua sibuk bergambar termasuklah saya :)

Bersama emak :)


Saya, Naz, Yani & Hariz. Yang lain tak tahu pergi mana.

Bersama adik (Afiqah), nenek & emak sebelum memulangkan jubah.


Walaupun konvokesyen ni hampir sebulan berlalu tapi rasanya macam baru je berlangsung. Hehehe. Konvokesyen ni pun ramai yang tak hadir. Kalau semua hadir barulah seronok. Apa-apa pun tahniah kepada semua yang telah konvo :)


Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua..

Apa khabar kawan-kawan semua? Harap anda semua sihat dan gembira bersama keluarga. 

Nampaknya agak lama saya tidak update entri di blog saya ni. Mana taknya sibuk dengan macam-macam hal. Baiklah rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Sekarang ni pun curi-curi masa untuk update. Rasa macam tak raya je tahun ni. Tu pun kami sekeluarga beraya di Klang kerana nenek saya berada di sana. 

Biasalah selalunya raya haji ni tak meriah macam hari raya aidilfitri. Tapi bagi saya kedua-duanya sama sahaja. 

Saya masih ingat lagi pada hujung tahun 2006 semasa menyambut raya haji. Pada masa itu arwah ayah saya terlantar di hospital Selayang. Kami adik-beradik melawat ayah di hospital tersebut. Rasa amat sedih pada waktu itu. Sebelum melawat ayah di wad ICU, mak berpesan kepada kami semua supaya tidak menunjukkan rasa sedih kepada ayah. Nanti ayah pun turut sedih. Pada masa itu wajah ayah sangat gembira bila dapat melihat semua anaknya berada di sisinya. Rasanya ayah tidak tahu pada hari itu merupakan hari raya haji. Kami melawat ayah dengan berbaju kurung. Apabila keluar daripada wad tersebut, saya dapat lihat adik-adik saya menangis dan begitu juga saya. Rasa sedih menyelubungi kami semua. 

Bila menjelang hari raya haji pasti saya akan teringat peristiwa tersebut. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab saya amat rapat dengan arwah ayah saya. Ke mana sahaja arwah ayah saya pergi mesti saya akan ikut sama. 

Pada raya tahun ni saya tidak sempat menziarah pusara ayah. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...