I'm back :)

Wah lama sungguh rasanya tak update blog ni. Maklumlah tahun lepas sibuk dengan Final Year Project. Habis je sem akhir terus cari kerja part time. Bermulalah rutin yang agak sibuk. Memang tak sempat langsung nak on laptop (macam bz sangat je kan..hahaha)

Macam-macam kerja yang pernah saya lakiukan setelah tamat belajar. Pertama, kerja di panggung wayang. Di situ saya belajar macam mana nak jaga kaunter makanan dan tiket. Dari opening sampai closing. Memang banyak benda kena belajar sebenarnya. Saya sempat kerja di sana selama 2 bulan sahaja. 

Hari terakhir kerja di wayang

Bersama rakan sekerja
Kemudian saya kerja di Big Apple pulak. Haa yang ni kena belajar cara nak topping donat dan buat segala jenis filling yang ada. Mula-mula memang terasa amat susah. Rasa give up pun ada. Mana taknya kena buat kerja dengan pantas. Dapat pulak orang yang suka bagi arahan pastu dia lepak je tak buat kerja. Memang mencabar rasanya. Diam tak diam 5 bulan jugak saya kerja di situ. 
Antara rakan-rakan sekerja di Big Apple
Lebih kurang berehat selama 1 bulan, kemudian saya kerja di Bank Rakyat sebagai BR-SMART. Kerja ni memang letih. Kena pergi buat marketing je setiap hari. Mula-mula rasa nak give up jugak sebab takda minat dalam kerja ni. Dah hampir sebulan baru dapat terima kerja ni, Bila tak dapat pelanggan nak buat loan, itu juga penyebab kenapa rasa tak bersemangat. Komisyen yang dapat bergantung kepada berapa pinjaman yang pelanggan buat. Hampir 3 bulan bekerja di Bank Rakyat kemudian saya ambil keputusan untuk berhenti kerana elaun yang diberikan tidak setimpal dengan kerja yang saya buat dan hanya untuk menambah pengalaman.
Kami geng BR-SMART

Staff Bank Rakyat cawangan Seri Iskandar

Setelah berhenti dari Bank Rakyat, saya mengikuti program SL1M di bawah Talent Suites. Tempoh kontrak yang diberikan selama 6 bulan di host company. Sebelum pergi ke host company yang diberikan oleh Talent Suites, saya perlu pergi ke kelas untuk menajamkan softskill yang ada selama sebulan. Di sinilah saya dapat kenal rakan-rakan daripada pelbagai universiti. Memang seronok dapat berkawan dengan mereka. 
Setelah tamat kelas selama 20 hari


Pantang nampak kamera semua ni :)


Ahli kumpulan Swarm

Kini kami semua telah berada di host company masing-masing. Semuanya menjalankan tugas mengikut jawatan yang telah ditetapkan. Terasa rindu pula bila dah lama tak berjumpa dengan mereka semua ni. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi. Setakat ini dahulu buat masa ini. Semoga rakan-rakan semua dipermudahkan segala urusan. 

Final Year Project

Sekarang dah masuk minggu ke empat kuliah untuk semester 8. Cepatnya masa berlalu. Dah hampir 4 tahun di UPM. Masa untuk fokus dengan projek tahun akhir atau FYP. 

Memang la seronok bila dah sem akhir ni sebab ada 3 hari je kelas dalam seminggu. Tapi yang tak seronoknya bila kena mula buat FYP. Tajuk dah ada cuma belum mula buat lagi. Bila tanya pasal Studio Multimedia entah bila la dapat guna. Selagi tak dapat masuk lab tu macam mana nak mula buat FYP. 

Harap minggu ni dapat la masuk Studio Multimedia tu. Minggu ke tujuh dah nak tengok perkembangan projek ni. Risau pula rasanya. Kalau tak dapat masuk jugak kenalah buat dalam lab lain dulu. Susah juga bila tak dapat nak masuk Studio Multimedia tu. Bukannya apa, projek yang akan saya buat perlu menggunakan software iClone. 

Disebabkan iClone ni yang hanya ada trial version sahaja, ini yang menyebabkan banyak fungsi tak dapat digunakan. Kenalah tunggu Ketua Jabatan yang luluskan penggunaan studio tersebut dahulu. Dah berapa minggu kuliah berjalan tapi projek tak mula buat lagi.


Presentation LI

Rasa gementar pula bila dah lama tak buat presentation. Esok merupakan pemantauan akhir untuk latihan industri kali ini. Minta-minta Dr. Puteri ok jelah. 

Lepas selesai presentation nanti barulah dapat menarik nafas lega. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menamatkan latihan industri. Hai tak sabarnya nak balik kampung :)

Harap esok dapat present dengan baik. Doakan yang terbaik ya kawan-kawan. Semoga segala urusan dipermudahkan.