Presentation LI

Rasa gementar pula bila dah lama tak buat presentation. Esok merupakan pemantauan akhir untuk latihan industri kali ini. Minta-minta Dr. Puteri ok jelah. 

Lepas selesai presentation nanti barulah dapat menarik nafas lega. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menamatkan latihan industri. Hai tak sabarnya nak balik kampung :)

Harap esok dapat present dengan baik. Doakan yang terbaik ya kawan-kawan. Semoga segala urusan dipermudahkan. 

Luahan hati

Cepatlah habis intern. Dah tak tahan dengan perangai bos yang banyak ragam. Kalau tak puas hati tu cakap terus la. Tak payah guna orang tengah untuk sampaikan. Dah lama sangat rasanya pendam. Tak lama dah. Lagi dua minggu je. Lepas habis ni baru lega kot. 

Lega sekejap jelah. Buka sem nanti nak buat FYP pulak. Tak kiralah asalkan dapat hilangkan stress. Kalau macam inilah memang tekanan darah akan sentiasa tinggi. Kalau kita sakit pun bukan dia ambil peduli pun.Yang dia tahu kerja mesti siap. 

Apa yang penting kuatkan semangat. Ingat Hanis dah tak lama dah. Pejam celik dah 21 minggu kamu tempuh.

Sakit kepala

Sekarang ni saya kerap sakit kepala. Tapi kenapa ye? Adakah sebab tertekan dengan kerja yang diberikan ataupun tak cukup rehat sebenarnya. Saya sendiri tak tahu kenapa. Pening bila memikirkan masalah ini.

Tak sabarnya nak habiskan latihan industri ni. Tinggal lagi 5 minggu je. Bila tak dapat elaun ni mulalah rasa malas nak datang kerja, Bukannya apa, bukan sikit belanja nak ulang-alik dari UPM ke Puchong. Nak harapkan elaun entah bila akan dapat. 

Walaupun saya selalu tak sihat saya tetap kuatkan semangat untuk datang kerja. Kalau tak nanti mesti markah dapat teruk. Itupun menjadi masalah juga. Kalau tak lulus kena ulang semula. Oh tak sanggup rasanya -_-

Kawan-kawan doakan saya terus kuat untuk meneruskan latihan industri ini yang hanya berbaki sebulan lebih lagi. Lepas habis semua ni barulah dapat rehat dengan sepuasnya, 

Tertekan


Hari ni nak luahkan perasaan kat sini. Bukannya selalu buat pun. Tak sabar rasanya nak habiskan latihan industri yang berbaki 6 minggu lagi. Bukannya apa, stress dengan bos yang banyak kerenah. Mentang-mentanglah kami praktikal di sini senang je nak kerah kami. Ingat kami tak penat ke buat benda yang sama je. Kalau macam inilah hari-hari memang darah tinggi saya akan naik. Susah dapat bos yang tak prihatin ni -_-

Dah nak dekat sebulan tak dapat balik rumah. Rindunya dekat famili. Bilalah dapat balik ni. Cepatlah habis praktikal. Tak sabar nak cuti. Nak release tension. Nak jalan-jalan dengan adik. Nak buat macam-macam benda untuk gembirakan diri sendiri. 

Bunyi macam pelik kan? Hurm maklumlah sekarang ni tengah runsing dengan bermacam-macam masalah. Saya tengah cuba untuk menggembirakan diri ini dengan berjumpa kawan rapat, luahkan perasaan pada mereka supaya saya rasa lega. Kalau boleh tak nak fikir sangat masalah yang saya hadapi sekarang ni. 

Okay cukuplah merepek merapu untuk kali ini. Dengan cara ini saya dapat kurangkan sedikit tekanan yang saya hadapi. Bukan saya seorang je ada masalah. Yang penting kita haruslah berfikiran positif dan pandai selesaikan masalah dengan cara yang betul. 






Kami budak Intern

Wah lama betul tak jenguk blog ni. Maklumlah sebelum ni sibuk dengan pelbagai assignment dan test. Rasa-rasanya setahun lebih tak singgah sini. Sem ni rileks sikit sebab tengah praktikal. So adelah masa terluang untuk singgah sini walaupun sekejap sahaja. 

Semalam kami budak-budak intern pergi makan bersama. Minggu ni salah seorang dari kami akan menamatkan latihan industri di sini. Minggu depan tinggallah kami sembilan orang. Itu kira dinner bersama. Selalu kami hanya lunch bersama. 

Nasi Arab


Kami :)

Senyum

Selesai makan kita selfie dulu sebelum pulang

Sempat lagi snap gambar sementara menunggu yang lain pergi bayar

Harap kami dapat lagi berkumpul seperti ini. Sementara tak habis tempoh latihan industri bolehlah jumpa, makan sama-sama. Lepas ni tak tahulah apa aktiviti bila berjumpa.