Salam Maal Hijrah


Di sini saya ingin mengucapkan 
Selamat menyambut awal Muharram kepada semua :)

Semoga kita dapat memperbaiki kelemahan diri dan 
sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu :)

Balik Kampung


Sekarang ni agak sibuk dengan assignment dan bermacam-macam tugasan yang perlu diselesaikan. Macam tak percaya je esok saya akan pulang ke kampung halaman. Macam tak pernah balik je bunyinya kan. Hehehe.

Kalau tak disebabkan kelas kokurikulum berkredit, bila-bila masa pun boleh balik je.  Bila fikir balik ok jugak sebab tak payah balik selalu kan. Dapat jimat sikit. 

Disebabkan esok merupakan kelas terakhir sebelum balik kampung, jadi jadual amatlah padat. Kelas bermula dari pukul 8 pagi sehingga 7 malam. Lepas tu saya terus pulang ke rumah. Wah tak sabar rasanya. Balik ni dapatlah jumpa dengan semua ahli keluarga saya. Rindulah katakan. Hehehe.

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. 


Hati-hati kepada yang akan pulang ke kampung :)


Sibuk + Penat

 
Minggu ni agak penat disebabkan terpaksa berulang alik dari UPM ke Teluk Intan. Mana taknya selasa lepas saya mempunyai appointment dengan doktor di sana. 
 
 Penat tak usah cakap la. Perjalanan je dah memakan masa selama lebih kurang 4 jam (termasuk berhenti rehat). Selesai je jumpa doktor petang tu jugak gerak balik UPM. Nasib baiklah saya ni dah biasa memandu jauh. Tapi kadang-kadang tu bosan jugak bila sorang-sorang kan. 

Minggu depan adalah minggu yang amat sibuk. Isnin je dah kena hantar assignment dan ada presentation. Dah la tak prepare apa-apa lagi. Risau betul la. Mulai malam ni saya akan menyibukkan diri untuk menyiapkan segala tugasan yang ada. Kalau tak memang tak sempat nak study untuk test minggu depan. 

Memang tension bila fikir pasal minggu depan. Dah la isnin depan ade kelas ganti lagi. Mau pengsan dibuatnya. Kelas dari pagi sampai malam kot. Memang tak dapat rehat la jawabnya. Apa-apa pun kena hadapi dugaan dengan redha.







Penat


Agak lama saya tak update blog saya ni. Sekarang bila dah mula kuliah memang terasa penat. Maklumlah jadual kuliah semuanya bermula pada pukul 8 pagi. Yang paling pack kelas hari isnin. Dari pukul 8 pagi sampai 4 petang. Dah macam waktu pejabat pulak. Yang paling best hari jumaat sebab tiada kelas. 

 Jadual saya untuk sem ni

Minggu depan merupakan minggu keempat kuliah. Bermakna ujian 1 akan bermula tak lama lagi. Risau pulak rasanya. Macam tak percaya je nak hampir sebulan dah kuliah berlangsung.

Sejak minggu lepas lagi kolej saya buat macam-macam aktiviti. Nak tak nak terpaksa turut serta untuk mengumpul merit. Kalau tak cukup merit tak dapat tinggal kat kolej pulak. Inilah realiti kehidupan sebagai pelajar. Semua aktiviti yang dijalankan kalau boleh nak terlibat sama. 

Disebabkan inilah saya berasa amat penat. Saya ni bukannya larat sangat macam orang lain. Kadang-kadang walaupun penat saya terpaksa juga turut serta dengan aktiviti yang dijalankan. Masa rehat pun rasa macam tak cukup je. Apa yang penting kuatkan semangat dan jangan putus asa.

Selamat Hari Raya


Macam kejap je rasanya kita berpuasa. Esok dah nak raya. Pagi semalam sempat la saya buat kad raya yang simple untuk tatapan rakan-rakan semua. 


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Jika ada salah dan silap secara sengaja ataupun tidak harap dimaafkan. :D

Suka-suka


Malam ni kami memulakan misi membuat kuih raya. Bukannya selalu dapat buat kuih raya kan. Hehehe. Tapi kalau buat pun tak la banyak sangat. Buat pun hanya yang betul-betul nak makan sahaja.

Inilah dia kuih yang kami buat :)

Bila semua dah berkumpul nanti baru boleh buat benda lain pulak. Nak tunggu diorang balik hari rabu ni. Baru ada semangat nak kemas rumah, buat kuih dan macam-macam lagi la. Yang paling seronok bila dapat jalan-jalan dengan semua adik-adik saya. Bila dah berkumpul macam-macam ragam la. Yang pasti saya akan jadi driver diorang. :)


Inilah adik-adik saya :)

Tak sabar rasanya nak tunggu diorang balik rumah ni. Hehehe. :)


Aktiviti Di Waktu Cuti


Bila musim cuti ni macam-macam benda yang saya akan lakukan. Dah duduk rumah ni faham-faham jelah. Nak kerja memang tak larat. Jadi terperap kat rumah jelah kerjanya..hehehe.

Antara aktiviti yang saya lakukan bila berada di rumah:
  • Membaca novel (walaupun dah pernah baca dulu tetap saya akan baca semula untuk mengisi masa lapang)
Antara novel yang baru di beli :)

Novel yang saya suka :)
  • Menonton cerita korea dan jepun (ini dah jadi hobi sejak bermulanya cuti sem..hehe)

Antara cerita yang telah saya tonton:

Flower Boy Ramyun Shop

Big

Master of Study

Hero

Heartstrings

Dan banyak lagi. Cerita jepun pun saya layan jugak :)

Inilah antara aktiviti ketika saya berada di rumah. Bila tak boleh tidur saya akan menonton cerita tersebut sehingga rasa mengantuk. 



Segmen Lokman : Saya Blogger Dari Universiti Putra Malaysia

Assalamualaikum.



Tiba-tiba terasa macam nak join je segmen ni. 
Maklumlah dah lama tak join benda-benda macam ni. 
Tarikh tutup segmen ni pada 19 Ogos 2012. 
Kalau rasa nak join klik je banner kat atas ni :)

Tukar Lagi

Assalamualaikum.


Dah lama tak menjenguk blog. Nak update entri tapi takde mood la pulak. Itu pun last update bulan 5 haritu. Maklumlah saya ni bukannya blogger tegar..hahaha.


Ini pun pagi tadi terasa macam bosan je bila tak tahu nak buat apa. Apa lagi on je laptop terus buka blog. Ini merupakan masa yang agak lama bagi saya tak update entri..hehehe.


Bila dah buka blog macam-macam nak di tukarnya. Maklumlah saya ni jenis cepat bosan. Ade je benda yang tak kena. Bila dah tukar inilah hasilnya. Bukannya cantik sangat pun kan. At least saya belajar macam mana nak edit blog sendiri :D



Terlebih Rajin

Assalamualaikum.

Hari ni rasa macam rajin pulak nak update blog ni. Bila dah tak ada kelas bosan la pulak kan. Sampai tak tahu nak buat apa. Bila dah on laptop ni mulalah rasa nak online tapi bila online lama-lama pun bosan jugak. Jadi saya pun menukar background dan lagu-lagu yang ada dalam blog ni. Sebelum ni tema yang saya gunakan ialah warna coklat dan sekarang saya gunakan warna biru pula sebagai tema. Bosan la kalau guna warna yang sama je kan. :)

Bila tengok blog yang cantik-cantik ni rasa macam nak jugak buat macam tu kan. Tapi saya ni bukannya pandai sangat nak main dengan coding. Kalau edit yang simple simple ni saya tahulah. :)


Minggu yang serba tidak kena

Assalamualaikum. Apa khabar semua? 


Lama betul saya tak menjenguk blog ni. Bukannya apa rasa sekarang ni macam buat benda semua tak kena. Tak tahu la kenapa. Minggu ni adalah minggu serba tidak kena. Macam-macam dugaan yang terpaksa di terima.






Semuanya bermula dari hari Selasa lagi. Masa pergi kelas BBI group kami tak tahu pun yang ada mock interview. Bila kami cakap yang kami tak bersedia lagi terus miss marah. Apalah nasib kami. huhuhu.


Bukan itu sahaja, hari Rabu pula ada test 2 Programming. Soalan 1 boleh jawab tapi bila soalan 2 terus saya jadi blur kot. Padahal selalu la jugak buat latihan. Mungkin ini semua ujian yang terpaksa saya terima. Saya hanya mampu berserah :(


Yang paling saya rasa tertekan sekali pada hari Sabtu lapas. Pada malam tersebut kolej saya membuat perjumpaan dengan felo & MTM. Semua pelajar dikehendaki mengambil tandatangan felo & MTM untuk terus tinggal di kolej. Malang sekali buat saya kerana saya tidak dapat untuk terus tinggal di Kolej Canselor. Bertambah tertekan saya dibuatnya. Bukan itu sahaja, ada yang jumlah merit kurang dari yang sepatutnya pun dapat sokong untuk terus tinggal di kolej. Amat tidak adil bagi saya. 


Saya taip enrti ini pada minggu lepas lagi. Disebabkan line uspot macam siput maka entri ini pun hanya dapat di update minggu ini. Sejak akhir-akhir ini macam-macam perkara berlaku. Dah la nak dekat peperiksaan akhir. Risau betul la. 
Assalamualaikum.

Nampaknya agak lama juga saya tak update blog saya ni. Bukannya apa, bila online tak terfikir pun nak update blog :)

Pada 18 Mac 2012 yang lalu, saya telah menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Canselor yang diadakan di Hotel Equatorial Bangi. Penat tak payah cakaplah. Pada hari tersebut jugak saya telah bertolak dari rumah pada pukul 1.30 petang. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam setengah. Bila dapat tahu yang kami semua dikehendaki berkumpul pada pukul 5.15 petang, apa lagi saya pun terpaksa memandu dengan agak laju. Memang tak fikir apa dah masa tu. Yang penting sampai sebelum pukul 5.00 petang.

Agak tergopoh-gapah jugaklah nak bersiap. Nasib baik sempat. Kalau tidak memang tak pergi la MMMR tu. Gambar MMMR saya akan masukkan pada entri akan datang. Nak masukkan sekarang memang tak boleh sebab ni pun update blog kat Makmal Siber je. Hehehe. Lagipun gambar-gambar tu semua berada dalam laptop. Jadi tuggu la entri akan datang ya. :)



Takde Kerja

Assalamualaikum..


Disebabkan saya tak dapat tidur, maka saya pun melakukan hobi saya pada waktu ini iaitu melukis doodle. Bukannya cantik pun. Sekadar suka-suka sahaja. =)



Selepas siap melukis doodle ni, saya pun tukar header sekali. Alang-alang dah buka Photoshop terus buat header yang simple je.



Rindu

Assalamualaikum.


Sudah hampir sebulan saya tak balik rumah. Mana taknya disebabkan saya terpaksa mengambil sekali lagi Bakti Siswa. Dah nasib. Nak buat macam mana kan (tu la siapa suruh tak kecualikan dulu. Padahal kat kolej dulu dah pernah ambil kot.)


Saya rasa amat rindu pada rumah. Dah lama tak jumpa famili. Bukan senang nak berkumpul semua. Bila semua cuti baru dapat berjumpa. Kenapalah rasa macam lama sangat tak balik rumah? Padahal baru je 3 minggu. 


Dah lama tak jumpa mak :(




Rindu la pada adik-adik saya ni :(



Nasib baik minggu depan dapat balik. Terubat jugak rindu pada famili. Hehehe. Bukan senang nak selalu balik lepas ni. Bila dapat balik memang berjalan jelah kerjanya. Tak sabarnya nak balik. =)

Sedih :(

Assalamualaikum..


Lama juga nampaknya saya tak update entri di blog saya ni. Maklumlah dah mula kuliah. Kalau masa cuti sem bukan main lagi rajin update entri. Sejak mula sem 2 ni, inilah kali pertama saya update blog. Kali ni saya hanya nak meluahkan rasa sedih sahaja. Nak bercerita tak tahu pada siapa. Pada blog ni jelah yang dapat saya luahkan.


Saya tak kisah pun berkawan dengan sesiapa sahaja. Tapi yang jadi masalahnya ialah bila orang tu salah paham dengan kita. Bagi saya kalau nak berkawan tu biarlah ikhlas dan jujur. Bila dia dah salah paham, saya tak tahu macam mana nak terangkan pada dia yang saya hanya nak berkawan sahaja dengannya. Kalau boleh saya tak nak ada apa-apa perasaan pun selain kawan. 




Salah ke kalau niat kita hanya nak berkawan? Ni tak. Dia pulak nak lebih-lebih. Dah tu pulak cakap nak berkias-kias. Memang saya tak paham la. Nasib la. Bila saya bagitahu yang saya hanya nak berkawan dengan dia terus dia cakap dia kecewa. Saya tak harapkan apa-apa pun. Kenapa la susah sangat nak cakap terus terang? Kan dah jadi macam ni. 


Hanya disebabkan salah paham, kita dah tak jadi kawan kan? Bukan saya yang putuskan persahabatan ni, tapi awak. Awak yang mulakan. Mungkin bagi awak yang saya ni teruk, jahat dan terpaksa berpura-pura berkawan dengan awak kan? Tidak mengapalah. Saya ikhlas berkawan dengan awak tapi awak pulak yang salah anggap. 


Saya harap awak dapat cari kawan yang betul-betul ikhlas berkawan dengan awak selepas ini. Mungkin saya tak sesuai berkawan dengan awak kan. =(



Ayah...

Assalamualaikum..


Pada 28/1/2007 yang lalu merupakan pemergian arwah ayah tersayang. Tahun ni sudah masuk 5 tahun ayah meninggalkan kami sekeluarga. Rasa macam baru lagi. Rupa-rupanya sudah 5 tahun berlalu. 


Saya masih ingat lagi pada waktu itu merupakan tahun yang amat penting bagi saya kerana saya akan menduduki peperiksaan SPM. Banyak sangat dugaan yang saya terpaksa lalui pada waktu tersebut. Bila di kenang semula memang sedih. 


Walaupun ayah saya dah tak ada, saya tetap mendoakan ayah berada di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga ayah tenang di sana. Al-Fatihah...

Doole, Doodle & Doodle

Assalamualaikum...


Dah berapa hari saya tak update blog ni. Bukannya apa, tak tahu nak cerita pasal apa bila duduk kat rumah ni. Kalau dah duduk rumah tu paham-paham jelah ye. Kalau ada transport dah lama saya merayap. Hehehe. Bila duduk kat rumah ni pergerakan menjadi terbatas (kalau ada kereta baru saya keluar jalan-jalan). 


Disebabkan tak tahu nak buat apa, saya pun melukis doodle lagi. Itulah hobi terbaru saya sekarang. Daripada tak buat apa lebih baik buat doodle ni. Kadang-kadang terpikir jugak kenapa saya suka lukis doodle ni. Jawapannya saya memang suka melukis tapi tak la cantik mana pun. Sekadar suka-suka sahaja. 


Inilah antara doodle-doodle yang sudah siap buat =)


Yang atas ni saya buat hari Khamis

Yang ini pula saya buat hari Jumaat

Dan yang ini pula saya buat hari ni.

Gaya doodle yang saya buat ni berdasarkan freebies daripada Apit. Saya masih belajar sendiri untuk membuat doodle ni. Kalau ada masa saya akan buat doodle style lain pulak. :D

Header Baru

Assalamualaikum..


Disebabkan tidak dapat melelapkan mata, saya mengambil keputusan untuk melukis doodle lagi (nampak sangat tak tahu jemu). Bukan itu saja, saya juga telah menukar header yang baru. 


Header yang saya buat kali ini agak simple kerana saya hanya menggunakan doodle yang saya lukis sendiri. Doodle yang saya buat pun nampak kaku (memang tak beseni..huhu..). Apa yang penting saya gembira dengan hasil yang telah saya dapat. 


Inilah header yang baru saya buat :)




Simple je kan :)

Nampaknya melukis doodle merupakan hobi terbaru saya masa cuti ni. Lepas ni tak ada masa nak melukis doodle lagi. Kena tunggu cuti sem la baru saya dapat menjalankan hobi saya ni.


Exclusive Giveaway by Niena Sofea

Assalamualaikum..

Malam ni rasa macam nak join GA pulak. 
Maklumlah dah lama tak join GA. 
Kalau ada rezeki dapat la. :)

GA ni di anjurkan oleh Niena Sofea.




Ini merupakan info & syarat-syarat penyertaan : 

1. Untuk perempuan sahaja.

2. Pemilihan melalui Random.org

3. Tarikh tutup : pertengahan tahun ini (1/6/2012).

4. Mesti follow blog Niena Sofea.

5. Mesti follow @ add @ like semua sponsor (wajib).

6. Letak banner GA dalam entry.

7. Tag minimum 2 orang.

8. Hantar link entry di sini.


Saya nak tag:





Doodle lagi

Assalamualaikum..




Disebabkan tak tahu nak buat apa cuti-cuti macam ni saya pun mengisi masa dengan melukis doodle. Bukan dodol ok. Walaupun saya baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni (bidang ke? whatever la) sekurang-kurangnya nampaklah jugak hasilnya. Kalau tengok betul-betul kaku je doodle ni. Maklumlah masih belajar. Ini pun hanya untuk suka-suka je. Inilah hasilnya :)


Di kala kebosanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni hari yang amat membosankan. Mana taknya saya hanya duduk di rumah. Semalam dah puas berjalan dari teluk intan --> seri manjung --> seri iskandar --> ipoh --> teluk intan. Penat tak payah katalah. Dah la saya je yang drive. Yang lain tak ada lesen lagi. Entah bila nak dapat lesen pun tak tahulah. Kalau diorang dah ada lesen bolehlah gilir-gilir drive.


Hari ni tak payah cakap la bangun bukan main lambat lagi. Nasib baik mak paham. Kalau tak memang kena leter la kan. Boleh di katakan lepas bangun tidur balik sampai la tengahari. Apa nak jadi pun tak tahulah. Penat drive punya pasal. =.=


Kalau tak disebabkan kawan saya, memang saya tak bukak blog ni tadi. Terima kasih Ain Arif. Hehehe. Itu pun dia tanya saya buat header guna apa. Saya cakaplah yang saya hanya menggunakan Photoshop je. Buat header yang simple-simple boleh la. Kalau yang terlalu susah tu mamang saya tak tahu buat la.


Bila dah bukak Photoshop tiba-tiba tangan ni macam gatal nak buat doodle. Dah lama tak buat doodle. Hehehe. Tapi tak la cantik pun. Biasa je. Inilah hasilnya selepas berjam-jam menghadap laptop petang tadi. 



Saya ni tak la pandai sangat buat doodle. Kalau buat pun hanya untuk suka-suka je. Nak mengisi masa lapang la katakan. Inilah hobi terbaru saya. :)

Okay la saya dah tak tahu nak merapu apa dah. Tengok jelah doodle yang saya buat tu ye. :)

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum..


Hari ni macam rajin pulak nak update blog ni. Sebenarnya hari ni cadang nak keluar dengan adik-adik (disebabkan semua ada kat rumah ni) tapi tengok cara diorang macam tak jadi nak keluar pulak. Macam-macam la diorang ni. Bila tak nak keluar bukan main lagi beria nak ajak tapi sekarang ni semua buat tak tau je. Ada jugak yang kena jap lagi. =.=


Okay la biarlah diorang wat kerja sendiri dulu. Sebenarnya masa cuti ni tak tau nak buat apa kat rumah ni. Yelah orang lain ada yang kerja, bercuti dan macam-macam lagi la. Saya pulak duduk terperuk je kat rumah ni. Maklumlah cuti sebulan je. Lepas ni sambung belajar balik. Bila masa belajar nak cuti tapi bila dah cuti bosan pulak duduk kat rumah ni. Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. =.=


Semalam tengah berborak dengan mak tiba-tiba adik saya tanya mak saya dengan bermacam-macam soalan. Antaranya ialah:


Adik: Mak pernah tak mengidam apa-apa masa mengandungkan adik dulu?

Mak: Tak ada pun. 

Adik: Yeke? Takkan la tak ada langsung. 

Mak: Kalau ada pun masa mengandungkan Afiqah dulu (adik ke-2 saya)

Adik: Owh. Mak ngidam nak makan apa?

Mak: Mak nak sangat makan kelapa telur.

Adik: Kelapa telur tu macam mana? Tak pernah dengar pun >.<

Mak: Buah kelapa tu kecik-kecik je. Masa tu susah sangat nak jumpa tapi sekarang banyak.

Adik: Owh. Dah tu mak dapat makan ke tak?

Mak: Tak dapat pun..

Afiqah: Patutlah akak tak suka kelapa. 

Saya: Yelah tu pikah..

Adik: Bukan dulu mak pernah cakap yang mak suka tengok kening halus anak india ke masa mak mengandungkan ayong dulu? 

Mak: Haah. Mak berkenan tengok kening dia. Halus je. Cantik. Tu yang kening ayong halus je.

Saya: Haah memang pun. Ayong ni macam tak ada kening je. Hehe :)

Itulah antara dialog yang kami bualkan petang semalam. Tak larat nak taip semua. Inilah rupa bila semua berkumpul. Seronok sangat bila semua ada kat rumah ni. Memang happening habis. 

Malam tadi pulak kami sekeluarga join main Money Drop secara online. Memang seronok sangat. Semua duduk depan tv dengan laptop di sisi. Semua sedia nak jawab soalan dengan semangat yang berkobar-kobar. Bila ingat semula memang kelakar. Malam ni kami semua akan bermain lagi. :)

Hujung minggu ni jelah pun dapat berkumpul bersama-sama. Esok adik saya, Afiqah akan balik UiTM. Lagi dua orang bercuti selama seminggu. Seorang lagi cuti sampai esok (maklumlah praktikal). Bila sorang dah balik U dah tak cukup geng. hehehe. 

Nak buat macam mana kan semua masih belajar termasuklah saya. Jadi bila masa cuti panjang jelah pun dapat berkumpul. Kalau tak memang tak dapat duduk sama-sama. Bila cuti ni je pun rumah jadi riuh rendah. Lepas ni sunyi balik la rumah ni. 

Okay la. Dah tak tau nak merepek apa lagi. Harap kawan-kawan semua menikmati cuti ini dengan sebaiknya. Have a nice day :)




Cuti

Assalamualaikum semua..

Apa khabar semua? Rasanya lama jugak tak update blog ni. Maklumlah pada 6 hingga 13 Januari yang lalu saya telah menghadapi peperiksaan akhir untuk semester 1 2011/2012. Memang tak sempat nak update langsung. =.=

Sekarang ni tengah cuti jadi inilah masa yang sesuai untuk terjah blog orang. Ini pun saya baru lepas tukar apa yang patut untuk blog ni. Kalau sama je bosan pulak kan. 

Blog ni pun dibuat hanya untuk suka-suka sahaja. Bila rasa nak update baru buka blog ni. Saya ni bukanlah aktif sangat dengan dunia blogging ni. Saya ni tahap biasa-biasa je.

Apa-apa pun selamat bercuti kepada yang tengah bercuti macam saya ni. Bulan depan dah nak sambung balik study kan. Jadi habiskanlah masa dengan aktiviti yang berfaedah. :)