Kehidupan Baru Di Kampus

Assalamualaikum..


Hampir seminggu saya tidak update blog ni..maklumlah minggu lepas saya sibuk dengan urusan persiapan terakhir untuk memasuki universiti..memang kelam kabut dibuatnya..semuanya last minute..


Pada hari isnin lalu saya telah mendaftar di UPM..luas juga kawasan UPM ni..ni pun tak sempat lagi nak melawat semua kawasan..kalau ada kenderaan memang saya pusing satu UPM ni..


Sebelum ni pergi kolej drive sendiri tapi sekarang ni nak pergi kuliah jalan kaki je..jarak fakulti dengan kolej dekat je..nasib baik dekat kalau tak memang kena naik bas la jawabnya..memang rasa lain la..mana taknya dapat menghirup udara segar sambil menikmati pemandagan yang indah..(ayat bukan main lagi)..


Kalau dulu masa belajar kat kolej umur kawan-kawan lebih kurang je tapi kat sini ramai lagi muda..(terasa tua la pulak..huhu..)..bagi saya umur tak jadi penghalang untuk menimba ilmu..bila kat sini saya berkawan dengan kawan-kawan lepasan diploma..diorang tak sombong pun..bukan macam sesetengah tu nak kawan dengan setaraf dengan diorang je..(siapa makan cili dia terasa pedasnya..)


Tapi kehidupan kat sini memang terasa lain la dari kat kolej dulu..lagi best masa kat kolej dulu..kawan-kawan pun semua ok je..tiba-tiba rindu pulak kat kawan-kawan kolej..huhu..bila la dapat jumpa lagi..dah la konvo Uniti saya tak pergi..harap pada masa akan datang saya dapat berjumpa dengan mereka semua..

Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Hari ni saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat melanjutkan pelajaran ke UPM..sebelum tu memang rasa berdebar-debar sangat..mana taknya mula-mula cakap keputusan rayuan akan dikeluarkan pada 17 September..alih-alih keputusan keluar hari ni..


Sebelum keputusan dikeluarkan saya sempat update blog mengenai keputusan akan dikeluarkan hari ini..tak percaya? klik sini :)


Sempat la jugak update status kat facebook..



Bila masa yang di nanti dah tiba saya pun semak la keputusan rayuan..Tiba-tiba..


Apa lagi..macam nak menjerit je rasa..bersyukur sangat-sangat sebab dapat jugak sambung belajar..Lepas tu saya update status kat facebook..(saya ni memang jarang update status..huhu..)


Apa-apa pun saya rasa seronok sangat..macam tak percaya pun ada..nampaknya lepas ni kena belajar lebih bersungguh-sungguh..bukan senang dapat peluang sambung belajar macam ni..kalau arwah ayah saya masih ada mesti dia yang paling gembira..

Keputusan e-Rayuan ke IPTA dikeluar hari ini

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan rayuan 30,414 pelajar bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai 12 tengah hari ini. 

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata keputusan e-Rayuan itu boleh diakses pelajar berkenaan melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU).

“Dasar pemilihan dalam proses e-Rayuan dikemukakan adalah kekal, berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus markah akademik dan 10 peratus lagi markah kokurikulum.
“Perlu dijelaskan di sini persaingan dalam kalangan calon yang mengemukakan rayuan adalah sengit kerana terdapat ramai calon cemerlang, sedangkan bilangan tempat disediakan adalah terhad,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam. 

Rujhan berkata, pertimbangan sewajarnya sudah dibuat sebelum keputusan ini diambil dan hanya diberikan kepada pelajar yang membuat e-Rayuan berdasarkan bilangan kekosongan yang masih ada selepas proses pendaftaran semua pelajar baru selesai. 

Pelajar yang ingin menyemak status rayuan mereka boleh menghubungi talian 03-88706755, 03-88706766, atau melayari laman web http://upu.mohe.gov.my. 



Sumber: Berita  Harian

Apa itu Hipoglisemia


Assalamualaikum..

Anda semua tahu tak apa itu hipoglisemia atau hipo?

Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:


  • Makan terlalu sedikit. 
  • Masa makan yang tidak tetap.
  • Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
  • Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat.
  • Penyakit misalnya cirit-birit


Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.

Simptom / Tanda-tanda
Simptom hipoglisemia adalah:
  • Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
  • Mudah marah
  • Pening 
  • Loya dan lemah 
  • Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
  • Penglihatan yang kabur


Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.


Inilah yang terjadi kepada saya pada lewat petang tadi..dah la tinggal keseorangan di rumah..bahaya sebenarnya kalau duduk di rumah keseorangan lagi-lagi penghidap kencing manis macam saya ni..macam-macam boleh jadi..nasib baik tak pitam..masa tu pandangan saya mula kabur dan berpeluh-peluh seperti orang baru lepas berlari..sempat jugak saya memaut kerusi untuk duduk..kalau tidak tak tahulah apa yang terjadi kepada saya..


Keputusan Rayuan Ke IPTA 2011

Assalamualaikum...

Tadi masa dok belek-belek surat khabar terjumpa berita mengenai Keputusan Rayuan ke IPTA..mengikut apa yang ditulis keputusan akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url http://upu.mohe.gov.my/

Untuk berita selanjutnya klik sini (sumber: berita harian)

p/s: harap-harap dapat la sambung belajar..semoga berjaya ye kawan-kawan :)

Pengumuman Majlis Konvokesyen ke-10 Kolej UNITI 2011

Assalamualaikum..


Sekarang ni ramai yang heboh pasal konvo..maklumlah tak sampai sebulan pun lagi ia akan berlangsung..mula-mula cakap kena hantar lampiran A & C sebelum 14/9 ni..pastu tiba-tiba je tunda jadi 21/9/2011..apa-apa jelah asalkan bahagia ye..hehehe..


Nak maklumat lebih lanjut klik sini okay.. :)

1st GA dari Cik Kiah Ronggeng

Assalamualaikum..


Jom join 1st GA dari Cik Kiah..
Nak tahu apa syarat-syarat dan hadiah yang ditawarkan? 
Klik sini okay.. :)

Saya di tag oleh LadyDiana..thanks ye.. :)

Saya nak tag:

Jom Join Segmen !

Assalamualaikum...

Klik sini untuk join ye :)

Jom join segmen yang diadakan oleh Khairul Asrol..
Hadiah yang ditawarkan adalah top up RM5 untuk 10 orang..
Mana tau kalau rezeki dapat la kan..
Tarikh tutup: 18 September 2011

Konvokesyen Kolej Uniti

Assalamualaikum...

Bila baca je tajuk post kali ini semestinya mengenai konvokesyen yang akan diadakan tidak lama lagi..pejam celik pejam celik lagi sebulan je majlis ini akan diadakan..dah la banyak nak kena guna duit..mana taknya saya nanti konvo 2 kali..

Butir-butir berkenaan majlis adalah seperti berikut:


Istiadat Konvokesyen Kolej Uniti Ke-10
Tarikh: 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Lokasi: Grand Ballroom, Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan
Masa: 7.30 pagi


Tapi untuk konvokesyen UPM tak tahu lagi bila..dengar kata dalam bulan 10 jugak..untuk UNITI saya kena sediakan RM200 manakala untuk UPM pula RM75..nak konvo pun kena guna banyak duit..mana nak cari duit ni..dah la masa semakin suntuk..

Kebetulan tadi saya tengok laman web Kolej UNITI..tu yang saya tau pasal konvo ni..kalau tak memang saya tak tahu apa-apa..dah la kena hantar semula borang pada 14 September ni..nampaknya memang terkejar-kejar la jawabnya..huhu..

Lepas ni saya kena bagitahu rakan-rakan yang lain pula..mungkin diorang pun tak tahu pasal ni..

Playful Kiss

Assalamualaikum..


Sekarang ni macam tak de mood je nak update blog..bukannya apa, rasa macam tak tahu nak tulis pe..saya lebih suka menonton drama korea..tengok pulak sorang-sorang..yelah adik-adik semua dah balik asrama..tinggallah saya keseorangan di rumah..huhu.. T_T


Untuk menghabiskan masa yang ada, saya merajinkan diri untun menonton drama korea iaitu Playful Kiss..walaupun cerita ni dah lama, masa ni la baru saya sempat tengok..cerita ni memang best..siapa yang minat tengok drama korea mesti tau cerita dia macam mana kan.. :)


2nd GiveAway by LyssaSecret

Assalamualaikum...


Hari ni rasa macam nak join GA dari Lyssa Secret pulak la..
Korang nak join jugak? 
Klik sini untuk syarat-syarat..

Pemenang akan dipilih melalui Random.Org :) 
Dateline: 10 September 2011


Nak tag:

Suasana raya

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? wah lamanya tak update blog ni..
mana taknya sibuk beraya la katakan..yeke? rasanya tak rasa macam raya je.. T.T..
Actually sibuk mengemas dan memasak untuk juadah raya..tak percaya?? tengok gambar ni..


Gambar ini diambil pada malam sebelum raya..ada la jugak rasa macam nak raya..lemang ni kami masak sendiri..nak beli rasa macam mahal je..lebih baik buat sendiri..kalau tak silap pukul 3 pagi baru lemang ni masak..tu pun sebab saya terjaga nak pergi minum..

Pada raya pertama kami tak pergi beraya mana-mana pun..cuma pagi tu adik-adik saya pergi menziarah pusara arwah ayah saya..



Mak je pergi rumah saudara mara..kami sebenarnya malas nak pergi sebab ade yang sibuk buat assignment dan saya malas nak drive jauh-jauh ni..huhu..Orang lain hari raya pertama pergi menziarah sanak saudara tapi kami bertiga pula pergi jalan-jalan ke pekan..tak percaya?? tengok ni..


Mula-mula makan kat KFC kemudian jalan-jalan kat Giant pulak..


Pada hari raya kedua pula, barulah kami pergi beraya..tu pun pergi rumah jiran masa kami kecil..sebelum pergi kami sempat lagi tangkap gambar untuk dibuat kenangan..kami ni suka bergambar.. :)

Ini masa sebelum bertolak

Ini pula masa beraya di rumah jiran

Tapi hari raya ketiga ni memang kami tak pergi mana-mana pun..nak rehat kat rumah je..rasanya macam takde mood nak pergi beraya dah..masa kecik-kecik dulu kalau dapat beraya best sangat..lagi-lagi bila dapat duit raya..hehe..
ingatkan dah besar ni tak merasa dapat duit raya..rupa-rupanya ada juga yang bagi..
terima kasih banyak-banyak.. :)