Keputusan e-Rayuan ke IPTA dikeluar hari ini

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan rayuan 30,414 pelajar bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai 12 tengah hari ini. 

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata keputusan e-Rayuan itu boleh diakses pelajar berkenaan melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU).

“Dasar pemilihan dalam proses e-Rayuan dikemukakan adalah kekal, berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus markah akademik dan 10 peratus lagi markah kokurikulum.
“Perlu dijelaskan di sini persaingan dalam kalangan calon yang mengemukakan rayuan adalah sengit kerana terdapat ramai calon cemerlang, sedangkan bilangan tempat disediakan adalah terhad,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam. 

Rujhan berkata, pertimbangan sewajarnya sudah dibuat sebelum keputusan ini diambil dan hanya diberikan kepada pelajar yang membuat e-Rayuan berdasarkan bilangan kekosongan yang masih ada selepas proses pendaftaran semua pelajar baru selesai. 

Pelajar yang ingin menyemak status rayuan mereka boleh menghubungi talian 03-88706755, 03-88706766, atau melayari laman web http://upu.mohe.gov.my. 



Sumber: Berita  Harian

4 comments:

Anonymous said...

omg tbe2 kecut perut.awk wt rayuan gak ke

nooghulegha said...

ohh thanks bg info dear. kejutan nie sbb aritu ckp 17sept kn?

Hanis Isa said...

suhada: saya pun wat rayuan gak..xtau la dapat ke x..
takut la pulak..huhu..

Hanis Isa said...

Noorul Amera Adnan: tau xpe..tbe2 je tukar..huhu..