Azam Tahun 2012

Assalamulaikum...



Pejam celik pejam celik lagi berapa minit je lagi tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya. Rasa macam kejap sangat masa berlalu. Masa awal tahun 2011 saya berada di kolej untuk menamatkan pengajian di peringkat diploma. Pada masa tu rasa macam tak percaya saya berada di tahun akhir untuk pengajian peringkat diploma. Bulan 9 pula saya menyambung pengajian di UPM untuk peringkat degree. Masa amat pantas berlalu. 


Beberapa minit lagi tahun 2012 bakal menjelma. Apa azam kawan-kawan semua? Mestilah berazam untuk menjadi lebih baik kan? Azam tu terpulang la pada diri masing-masing kan. Dengan ini saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Kalau boleh nak dapat pointer 3 ke atas. Saya nak jadi contoh kepada adik-adik saya supaya mereka pun bersemangat untuk belajar dengan lebih gigih lagi. 


Itulah azam saya untuk tahun baru ni. Harap-harap ada yang dapat saya laksankan. Semoga kawan-kawan juga dapat melaksanakan azam yang telah kawan-kawan pilih. :)

mood: study


Assalamualaikum...


Minggu ni merupakan minggu study week. Orang lain semua balik rumah mase study week ni tapi saya ni bersemangat sangat balik awal =.= Mana taknya esok nak jumpa lecturer present mini project. Kalau tak sekarang ni saya masih di rumah. huhuhu. Sedih betul kena balik awal. >.<


Inilah nota untuk subjek Pengucapan Awam tapi tak siap lagi :)


Disebabkan sekarang ni tinggal sorang-sorang dalam bilik, mood nak study tu datang dengan sendirinya. hehehe. Best pulak duduk bilik sorang-sorang ni rupanya. Dari tengahari tadi buat nota untuk sebjek pengucapan awam padahal paper ni yang last skali kot. Bersemangat betul study untuk paper akhir. Maklumlah ni subjek membaca jadi mungkin sebab ni kot saya bersemangat nak study. Kalau subjek yang mengira saya ni lemah sikit. huhuhu.. =.=



Meja saya sangat bersepah dengan alat tulis :)

Tak lama lagi final exam akan menjelma. Doakan saya boleh buat dengan baik ye kawan-kawan :) 


Inilah rupa meja study saya :)


Kepada yang akan menghadapi final exam semoga berjaya ye :D

1 tahun :)

Assalamualaikum...


Rupanya hari ni genap 1 tahun umur blog saya..mula-mula memang saya terlupa..



Bila tengok kat daisypath baru saya perasan.. :)
 Tak sangka dah setahun umur blog saya ni.. :)


Update :)

Assalamualaikum semua...


Hari ni rasa macam rajin nak update blog pulak kan.. Mana taknya hampir sebulan blog ni terbiar..kesian blog saya ni kan.. :) Hari ni saya sempat tukar layout + header blog + lagu.. Maklumlah bosan pulak bila dengar lagu yang sama je kan.. 


Macam ni la kalau dah bosan :)


Sebenarnya banyak kerja kena settle dalam minggu ni.. Kalau tengok jadual memang pack giler la.. Boleh dikatakan minggu ni kelas dari pagi sampai malam.. Memang memenatkan..  =.= Mentang-mentang la minggu ni minggu kuliah terakhir.. semua benda nak kena submit dalam minggu ni + 2 presentation ECS + exam MUET = Memang tension kot.. inilah nasib sebagai seorang pelajar seperti saya ni.. =.=




Harap-harap semua berjalan dengan lancar..minggu depan dah mula study week..tak lama lagi  final exam pulak..doakan saya ye kawan-kawan.. :)





Facebook Timeline :)

Assalamualaikum semua..

Wah lama betul saya tak update blog ni..sekarang ni saya asyik tak sihat je..mungkin sebab cuaca tak menentu kot..tambah pula dengan tak cukup masa untuk update blog kesayangan ni..chewah..hehehe..lagipun minggu depan minggu terakhir kuliah..lagi banyak benda nak kena selesaikan termasuklah menghantar semua tugasan dan presentation..tak lama lagi nak final pulak..wah tension kot..

Ok sebenarnya saya nak tunjukkan Facebook Timeline..bukannya apa, mula-mula saya sendiri pun tak tahu apa bendanya..bila saya tukar dari page biasa ke timeline ni, saya rasa yang timeline ni lagi smart kot..mana taknya kita boleh letak cover photo..cover photo ni ala-ala header la..tapi saya memang suka lau ada header ni..dah macam blog pulak kan.. :)

Inilah rupa Facebook Timeline saya.. :)



Walaupun sesetengah orang tak suka benda ni, tu terpulang la kan..bagi saya, saya suka sebab nampak tersusun n kemas.. :)

Konvokesyen

Assalamualaikum semua..


Apa khabar kawan-kawan semua? Harap sihat sejahtera hendaknya. Dah lama rasanya tak update blog ni. Mana taknya banyak kerja kena buat bila ada waktu terluang. Sebenarnya saya nak update pasal konvokesyen yang berlangsung pada 20 Oktober 2011 (Khamis) yang lalu. Disebabkan macam-macam hal yang berlaku, jadi inilah masa yang sesuai untuk saya mengupdate blog. 

Konvokesyen ini diadakan di UPM, Serdang. Sepatutnya saya konvo 2 kali. Disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan jadi saya hanya pergi konvokesyen yang diadakan di UPM sahaja. Konvo yang pertama diadakan di Klana Beach Resort, Seremban pada 8 Oktober 2011. Saya hanya melihat gambar-gambar yang mereka upload di Facebook. Rasa macam tak seronok bila tak pergi konvo yang kolej buat. Bukan senang nak jumpa kawan-kawan kolej lagi. Ada yang dah kerja, ada yang sambung belajar macam saya dan ada jugak yang masih menganggur. Bila la dapat jumpa mereka lagi. 

Ini antara gambar-gambar yang sempat ditangkap semasa majlis konvokesyen:

Emak saya & emak Yani
 (rupanya mereka berkawan dari sekolah rendah)

Sebelum berkumpul

Naz & Yani 

Inilah kawan-kawan perempuan yang hadir

Disebabkan terlalu lama menunggu untuk masuk ke dewan, kami pun bergambar la.

Selepas tamat majlis.

Masa ni semua sibuk bergambar termasuklah saya :)

Bersama emak :)


Saya, Naz, Yani & Hariz. Yang lain tak tahu pergi mana.

Bersama adik (Afiqah), nenek & emak sebelum memulangkan jubah.


Walaupun konvokesyen ni hampir sebulan berlalu tapi rasanya macam baru je berlangsung. Hehehe. Konvokesyen ni pun ramai yang tak hadir. Kalau semua hadir barulah seronok. Apa-apa pun tahniah kepada semua yang telah konvo :)


Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua..

Apa khabar kawan-kawan semua? Harap anda semua sihat dan gembira bersama keluarga. 

Nampaknya agak lama saya tidak update entri di blog saya ni. Mana taknya sibuk dengan macam-macam hal. Baiklah rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Sekarang ni pun curi-curi masa untuk update. Rasa macam tak raya je tahun ni. Tu pun kami sekeluarga beraya di Klang kerana nenek saya berada di sana. 

Biasalah selalunya raya haji ni tak meriah macam hari raya aidilfitri. Tapi bagi saya kedua-duanya sama sahaja. 

Saya masih ingat lagi pada hujung tahun 2006 semasa menyambut raya haji. Pada masa itu arwah ayah saya terlantar di hospital Selayang. Kami adik-beradik melawat ayah di hospital tersebut. Rasa amat sedih pada waktu itu. Sebelum melawat ayah di wad ICU, mak berpesan kepada kami semua supaya tidak menunjukkan rasa sedih kepada ayah. Nanti ayah pun turut sedih. Pada masa itu wajah ayah sangat gembira bila dapat melihat semua anaknya berada di sisinya. Rasanya ayah tidak tahu pada hari itu merupakan hari raya haji. Kami melawat ayah dengan berbaju kurung. Apabila keluar daripada wad tersebut, saya dapat lihat adik-adik saya menangis dan begitu juga saya. Rasa sedih menyelubungi kami semua. 

Bila menjelang hari raya haji pasti saya akan teringat peristiwa tersebut. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab saya amat rapat dengan arwah ayah saya. Ke mana sahaja arwah ayah saya pergi mesti saya akan ikut sama. 

Pada raya tahun ni saya tidak sempat menziarah pusara ayah. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin... 


segmen auni : exam oooh exam

Assalamulaikum..

Dah lama tak join segmen tiba-tiba terasa macam nak join pulak segmen ni..
Kalau anda nak join jugak klik sini..




JAWAPAN SAYA:
BILA TAHUN ANDA MENDUDUKI EXAM UPSR ? 2002
BILA TAHUN ANDA MENDUDUKI EXAM PMR ? 2005
BILA TAHUN ANDA MENDUDUKI EXAM SPM ? 2007

segmen ni tutup pada 25 OKTOBER 2011 (malam ini) jam 11 malam..

Macam-macam Hal :)

Assalamualaikum..


Wah lama betul saya tak update blog ni..maklumlah hari-hari yang dilalui di UPM ni terasa sangatlah singkat..mana taknya macam-macam aktiviti yang diadakan dan saya terpaksa turut serta..tak kira siang atau malam.. :)


Antara aktiviti yang berlaku termasuklah:

  • Sehari bersama fakulti (25 September 2011)

Ain, Along dan Hilda :)

Fasi-fasi yang sempoi :)
  • Perkampungan Canselor Aidilfitri (PCA) - (25 September 2011)


  • Jamuan Hari Raya Bersama Perdana Menteri (29 September 2011)

Kawan-kawan baru saya :)

Inilah Along :)

Ini pula roommate saya..Ida namanya :)
Masa tu rasa macam menyesal je pergi..mana taknya dah la tak dapat makan..penat pulak yang dapat..memang rasa tak berbaloi je pergi..Di sebabkan merit punya pasal saya pun join la sekali..dah la tak nak ingat pasal ni dah :)

  • Lawatan Timbalan Perdana Menteri Ke UPM (30 September 2011)
TPM sedang berucap :)

Setelah selesai majlis :)

Masa ni join pun sebab nak kumpul merit..kalau tak saya ada kelas masa ni..bukan selalu dapat pelepasan kan..hehe.. :)

  • Starting School (2 Oktober 2011)
Ini antara ahli kumpulan saya untuk starting school :)

Ini pula ahli kumpulan Gadis KacaMata - 1 :)

Masa ni best sangat..mana taknya Doktor tu pandai menarik minat semua pelajar untuk mendengar taklimat yang di berikan.. :)


  • Bacaan Ikrar (10 Oktober 2011)
Inilah rupa orang tak tau pakai pashmina :)

Ain, Hilda dan Along :)

Bersama Ain :)
Masa ni ingatkan semua pelajar 2nd intake pakai macam kami..rupa-rupanya kami je yang pakai macam ni..dah la pashmina tu tebal..memang sabar jelah..apa-apa pun bacaan ikrar telah pun selesai..kami kira beruntung sebab kami tak ada orientasi macam 1st intake.. :)

Ok lah cukup la setakat ni dulu..lain kali kalau saya ada masa saya update lagi..Lusa saya ada test 1..Doakan saya ye kawan-kawan..Selamat malam.. :)


Kehidupan Baru Di Kampus

Assalamualaikum..


Hampir seminggu saya tidak update blog ni..maklumlah minggu lepas saya sibuk dengan urusan persiapan terakhir untuk memasuki universiti..memang kelam kabut dibuatnya..semuanya last minute..


Pada hari isnin lalu saya telah mendaftar di UPM..luas juga kawasan UPM ni..ni pun tak sempat lagi nak melawat semua kawasan..kalau ada kenderaan memang saya pusing satu UPM ni..


Sebelum ni pergi kolej drive sendiri tapi sekarang ni nak pergi kuliah jalan kaki je..jarak fakulti dengan kolej dekat je..nasib baik dekat kalau tak memang kena naik bas la jawabnya..memang rasa lain la..mana taknya dapat menghirup udara segar sambil menikmati pemandagan yang indah..(ayat bukan main lagi)..


Kalau dulu masa belajar kat kolej umur kawan-kawan lebih kurang je tapi kat sini ramai lagi muda..(terasa tua la pulak..huhu..)..bagi saya umur tak jadi penghalang untuk menimba ilmu..bila kat sini saya berkawan dengan kawan-kawan lepasan diploma..diorang tak sombong pun..bukan macam sesetengah tu nak kawan dengan setaraf dengan diorang je..(siapa makan cili dia terasa pedasnya..)


Tapi kehidupan kat sini memang terasa lain la dari kat kolej dulu..lagi best masa kat kolej dulu..kawan-kawan pun semua ok je..tiba-tiba rindu pulak kat kawan-kawan kolej..huhu..bila la dapat jumpa lagi..dah la konvo Uniti saya tak pergi..harap pada masa akan datang saya dapat berjumpa dengan mereka semua..

Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Hari ni saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat melanjutkan pelajaran ke UPM..sebelum tu memang rasa berdebar-debar sangat..mana taknya mula-mula cakap keputusan rayuan akan dikeluarkan pada 17 September..alih-alih keputusan keluar hari ni..


Sebelum keputusan dikeluarkan saya sempat update blog mengenai keputusan akan dikeluarkan hari ini..tak percaya? klik sini :)


Sempat la jugak update status kat facebook..



Bila masa yang di nanti dah tiba saya pun semak la keputusan rayuan..Tiba-tiba..


Apa lagi..macam nak menjerit je rasa..bersyukur sangat-sangat sebab dapat jugak sambung belajar..Lepas tu saya update status kat facebook..(saya ni memang jarang update status..huhu..)


Apa-apa pun saya rasa seronok sangat..macam tak percaya pun ada..nampaknya lepas ni kena belajar lebih bersungguh-sungguh..bukan senang dapat peluang sambung belajar macam ni..kalau arwah ayah saya masih ada mesti dia yang paling gembira..

Keputusan e-Rayuan ke IPTA dikeluar hari ini

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan rayuan 30,414 pelajar bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sesi akademik 2011/2012 boleh disemak mulai 12 tengah hari ini. 

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata keputusan e-Rayuan itu boleh diakses pelajar berkenaan melalui laman web Unit Pusat Universiti (UPU).

“Dasar pemilihan dalam proses e-Rayuan dikemukakan adalah kekal, berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengambil kira 90 peratus markah akademik dan 10 peratus lagi markah kokurikulum.
“Perlu dijelaskan di sini persaingan dalam kalangan calon yang mengemukakan rayuan adalah sengit kerana terdapat ramai calon cemerlang, sedangkan bilangan tempat disediakan adalah terhad,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini semalam. 

Rujhan berkata, pertimbangan sewajarnya sudah dibuat sebelum keputusan ini diambil dan hanya diberikan kepada pelajar yang membuat e-Rayuan berdasarkan bilangan kekosongan yang masih ada selepas proses pendaftaran semua pelajar baru selesai. 

Pelajar yang ingin menyemak status rayuan mereka boleh menghubungi talian 03-88706755, 03-88706766, atau melayari laman web http://upu.mohe.gov.my. 



Sumber: Berita  Harian

Apa itu Hipoglisemia


Assalamualaikum..

Anda semua tahu tak apa itu hipoglisemia atau hipo?

Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:


  • Makan terlalu sedikit. 
  • Masa makan yang tidak tetap.
  • Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
  • Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat.
  • Penyakit misalnya cirit-birit


Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.

Simptom / Tanda-tanda
Simptom hipoglisemia adalah:
  • Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
  • Mudah marah
  • Pening 
  • Loya dan lemah 
  • Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
  • Penglihatan yang kabur


Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.


Inilah yang terjadi kepada saya pada lewat petang tadi..dah la tinggal keseorangan di rumah..bahaya sebenarnya kalau duduk di rumah keseorangan lagi-lagi penghidap kencing manis macam saya ni..macam-macam boleh jadi..nasib baik tak pitam..masa tu pandangan saya mula kabur dan berpeluh-peluh seperti orang baru lepas berlari..sempat jugak saya memaut kerusi untuk duduk..kalau tidak tak tahulah apa yang terjadi kepada saya..


Keputusan Rayuan Ke IPTA 2011

Assalamualaikum...

Tadi masa dok belek-belek surat khabar terjumpa berita mengenai Keputusan Rayuan ke IPTA..mengikut apa yang ditulis keputusan akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url http://upu.mohe.gov.my/

Untuk berita selanjutnya klik sini (sumber: berita harian)

p/s: harap-harap dapat la sambung belajar..semoga berjaya ye kawan-kawan :)

Pengumuman Majlis Konvokesyen ke-10 Kolej UNITI 2011

Assalamualaikum..


Sekarang ni ramai yang heboh pasal konvo..maklumlah tak sampai sebulan pun lagi ia akan berlangsung..mula-mula cakap kena hantar lampiran A & C sebelum 14/9 ni..pastu tiba-tiba je tunda jadi 21/9/2011..apa-apa jelah asalkan bahagia ye..hehehe..


Nak maklumat lebih lanjut klik sini okay.. :)

1st GA dari Cik Kiah Ronggeng

Assalamualaikum..


Jom join 1st GA dari Cik Kiah..
Nak tahu apa syarat-syarat dan hadiah yang ditawarkan? 
Klik sini okay.. :)

Saya di tag oleh LadyDiana..thanks ye.. :)

Saya nak tag:

Jom Join Segmen !

Assalamualaikum...

Klik sini untuk join ye :)

Jom join segmen yang diadakan oleh Khairul Asrol..
Hadiah yang ditawarkan adalah top up RM5 untuk 10 orang..
Mana tau kalau rezeki dapat la kan..
Tarikh tutup: 18 September 2011

Konvokesyen Kolej Uniti

Assalamualaikum...

Bila baca je tajuk post kali ini semestinya mengenai konvokesyen yang akan diadakan tidak lama lagi..pejam celik pejam celik lagi sebulan je majlis ini akan diadakan..dah la banyak nak kena guna duit..mana taknya saya nanti konvo 2 kali..

Butir-butir berkenaan majlis adalah seperti berikut:


Istiadat Konvokesyen Kolej Uniti Ke-10
Tarikh: 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Lokasi: Grand Ballroom, Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan
Masa: 7.30 pagi


Tapi untuk konvokesyen UPM tak tahu lagi bila..dengar kata dalam bulan 10 jugak..untuk UNITI saya kena sediakan RM200 manakala untuk UPM pula RM75..nak konvo pun kena guna banyak duit..mana nak cari duit ni..dah la masa semakin suntuk..

Kebetulan tadi saya tengok laman web Kolej UNITI..tu yang saya tau pasal konvo ni..kalau tak memang saya tak tahu apa-apa..dah la kena hantar semula borang pada 14 September ni..nampaknya memang terkejar-kejar la jawabnya..huhu..

Lepas ni saya kena bagitahu rakan-rakan yang lain pula..mungkin diorang pun tak tahu pasal ni..

Playful Kiss

Assalamualaikum..


Sekarang ni macam tak de mood je nak update blog..bukannya apa, rasa macam tak tahu nak tulis pe..saya lebih suka menonton drama korea..tengok pulak sorang-sorang..yelah adik-adik semua dah balik asrama..tinggallah saya keseorangan di rumah..huhu.. T_T


Untuk menghabiskan masa yang ada, saya merajinkan diri untun menonton drama korea iaitu Playful Kiss..walaupun cerita ni dah lama, masa ni la baru saya sempat tengok..cerita ni memang best..siapa yang minat tengok drama korea mesti tau cerita dia macam mana kan.. :)


2nd GiveAway by LyssaSecret

Assalamualaikum...


Hari ni rasa macam nak join GA dari Lyssa Secret pulak la..
Korang nak join jugak? 
Klik sini untuk syarat-syarat..

Pemenang akan dipilih melalui Random.Org :) 
Dateline: 10 September 2011


Nak tag:

Suasana raya

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? wah lamanya tak update blog ni..
mana taknya sibuk beraya la katakan..yeke? rasanya tak rasa macam raya je.. T.T..
Actually sibuk mengemas dan memasak untuk juadah raya..tak percaya?? tengok gambar ni..


Gambar ini diambil pada malam sebelum raya..ada la jugak rasa macam nak raya..lemang ni kami masak sendiri..nak beli rasa macam mahal je..lebih baik buat sendiri..kalau tak silap pukul 3 pagi baru lemang ni masak..tu pun sebab saya terjaga nak pergi minum..

Pada raya pertama kami tak pergi beraya mana-mana pun..cuma pagi tu adik-adik saya pergi menziarah pusara arwah ayah saya..



Mak je pergi rumah saudara mara..kami sebenarnya malas nak pergi sebab ade yang sibuk buat assignment dan saya malas nak drive jauh-jauh ni..huhu..Orang lain hari raya pertama pergi menziarah sanak saudara tapi kami bertiga pula pergi jalan-jalan ke pekan..tak percaya?? tengok ni..


Mula-mula makan kat KFC kemudian jalan-jalan kat Giant pulak..


Pada hari raya kedua pula, barulah kami pergi beraya..tu pun pergi rumah jiran masa kami kecil..sebelum pergi kami sempat lagi tangkap gambar untuk dibuat kenangan..kami ni suka bergambar.. :)

Ini masa sebelum bertolak

Ini pula masa beraya di rumah jiran

Tapi hari raya ketiga ni memang kami tak pergi mana-mana pun..nak rehat kat rumah je..rasanya macam takde mood nak pergi beraya dah..masa kecik-kecik dulu kalau dapat beraya best sangat..lagi-lagi bila dapat duit raya..hehe..
ingatkan dah besar ni tak merasa dapat duit raya..rupa-rupanya ada juga yang bagi..
terima kasih banyak-banyak.. :)

Masa untuk Mengemas

Assalamualaikum..

Sekarang ni masa untuk mengemas rumah..yelah untuk persiapan terakhir sebelum raya la katakan..hehehe..padahal tak rasa sangat kemeriahan raya..ni pun curi masa nak update blog..lepas ni sibuk la dengan mengemas dan buat kuih..

Mungkin lepas ni jarang update blog sebab banyak kerja nak kena buat ini..pape pun saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. :)

Jalan-jalan

Assalamualaikum..

Malam semalam saya bersama adik-adik saya telah pergi ke pekan Teluk Intan untuk membeli belah sempena Hari Raya..tapi biasalah kan kalau nak dekat raya ni mesti ramai orang keluar..memang betul pun..yelah tambah pulak hari sabtu kan orang cuti & dah ramai yang balik kampung halaman..

Memang susah nak cari parking..last-last dapat jugak parking tapi jenuh la nak jalan pergi ke Menara Condong tu..kat situ la ekspo berlangsung..pergh memang ramai orang beb..masa tu kami sampai dalam pukul 9.15..kitorang pusing-pusing kat situ dulu baru beli barang..yelah nak survey harga dulu..hehehe..

kami sebenarnya berlima :)

Mula-mula saya temankan adik lelaki saya untuk membeli baju melayu..yelah dia tu bukan tau pilih sendiri..nanti entah apa-apa yang dia pilih..pilih punya pilih last-last dia beli baju melayu warna merah jambu sebab itu je saiz yang dia muat..takpe la bukan selalu pakai warna tu..hehehe..

Bila dah settle, saya temankan adik saya no 3 pulak..dia nak beli selendang..saya ni mana la pandai pilih sangat..pakai pun tak pernah..huhuhu..tapi saya tetap pilihkan untuk dia sebab lecturer dia suruh tukar imej..yelah dia amik kos Rekaan Fesyen tapi tak tau bergaya..memang kena tegur la kan..hehehe..saya pun beli sehelai selendang..teringin pula nak pakai tapi tak tau la sesuai ke tidak.. T_T

yang sorang ni memang susah nak tangkap gambar dia :)


Kemudian kami mencari kuih raya pula..berapa kali pusing kat situ akhirnya jumpa juga..beli ala kadar je..kalau beli banyak-banyak membazir pulak kan..saya beli 3 jenis kuih je..tu pun cukup la..masa jalan-jalan kat situ, saya ada jumpa kawan sekolah menengah..diorang nampak lain..makin cantik & pandai bergaya..

Bila dah penat, kami pun beredar dari situ..sebelum pulang, kami sempat mengambil gambar bersama-sama..yelah bukan senang nak berkumpul semua..bila dah bersama memang perangai kami jadi gila-gila..hahaha..kami buat tak tau je bila orang tengok kami tangkap gambar..macam orang luar je gayanya..padahal kami memang anak jati Teluk Intan..kami happy sangat.. :)

kami suka bergambar :)

Bila dah puas tangkap gambar, kami pun beredar pulang..kalau tak silap masa tu dah pukul 11.00..bukan selalu pun kami keluar malam  :)