Assalamualaikum semua..
Apa khabar kawan-kawan semua? Harap anda semua sihat dan gembira bersama keluarga.
Nampaknya agak lama saya tidak update entri di blog saya ni. Mana taknya sibuk dengan macam-macam hal. Baiklah rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Sekarang ni pun curi-curi masa untuk update. Rasa macam tak raya je tahun ni. Tu pun kami sekeluarga beraya di Klang kerana nenek saya berada di sana.
Biasalah selalunya raya haji ni tak meriah macam hari raya aidilfitri. Tapi bagi saya kedua-duanya sama sahaja.
Saya masih ingat lagi pada hujung tahun 2006 semasa menyambut raya haji. Pada masa itu arwah ayah saya terlantar di hospital Selayang. Kami adik-beradik melawat ayah di hospital tersebut. Rasa amat sedih pada waktu itu. Sebelum melawat ayah di wad ICU, mak berpesan kepada kami semua supaya tidak menunjukkan rasa sedih kepada ayah. Nanti ayah pun turut sedih. Pada masa itu wajah ayah sangat gembira bila dapat melihat semua anaknya berada di sisinya. Rasanya ayah tidak tahu pada hari itu merupakan hari raya haji. Kami melawat ayah dengan berbaju kurung. Apabila keluar daripada wad tersebut, saya dapat lihat adik-adik saya menangis dan begitu juga saya. Rasa sedih menyelubungi kami semua.
Bila menjelang hari raya haji pasti saya akan teringat peristiwa tersebut. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab saya amat rapat dengan arwah ayah saya. Ke mana sahaja arwah ayah saya pergi mesti saya akan ikut sama.
Pada raya tahun ni saya tidak sempat menziarah pusara ayah. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
No comments:
Post a Comment