Masa untuk Mengemas

Assalamualaikum..

Sekarang ni masa untuk mengemas rumah..yelah untuk persiapan terakhir sebelum raya la katakan..hehehe..padahal tak rasa sangat kemeriahan raya..ni pun curi masa nak update blog..lepas ni sibuk la dengan mengemas dan buat kuih..

Mungkin lepas ni jarang update blog sebab banyak kerja nak kena buat ini..pape pun saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. :)

Jalan-jalan

Assalamualaikum..

Malam semalam saya bersama adik-adik saya telah pergi ke pekan Teluk Intan untuk membeli belah sempena Hari Raya..tapi biasalah kan kalau nak dekat raya ni mesti ramai orang keluar..memang betul pun..yelah tambah pulak hari sabtu kan orang cuti & dah ramai yang balik kampung halaman..

Memang susah nak cari parking..last-last dapat jugak parking tapi jenuh la nak jalan pergi ke Menara Condong tu..kat situ la ekspo berlangsung..pergh memang ramai orang beb..masa tu kami sampai dalam pukul 9.15..kitorang pusing-pusing kat situ dulu baru beli barang..yelah nak survey harga dulu..hehehe..

kami sebenarnya berlima :)

Mula-mula saya temankan adik lelaki saya untuk membeli baju melayu..yelah dia tu bukan tau pilih sendiri..nanti entah apa-apa yang dia pilih..pilih punya pilih last-last dia beli baju melayu warna merah jambu sebab itu je saiz yang dia muat..takpe la bukan selalu pakai warna tu..hehehe..

Bila dah settle, saya temankan adik saya no 3 pulak..dia nak beli selendang..saya ni mana la pandai pilih sangat..pakai pun tak pernah..huhuhu..tapi saya tetap pilihkan untuk dia sebab lecturer dia suruh tukar imej..yelah dia amik kos Rekaan Fesyen tapi tak tau bergaya..memang kena tegur la kan..hehehe..saya pun beli sehelai selendang..teringin pula nak pakai tapi tak tau la sesuai ke tidak.. T_T

yang sorang ni memang susah nak tangkap gambar dia :)


Kemudian kami mencari kuih raya pula..berapa kali pusing kat situ akhirnya jumpa juga..beli ala kadar je..kalau beli banyak-banyak membazir pulak kan..saya beli 3 jenis kuih je..tu pun cukup la..masa jalan-jalan kat situ, saya ada jumpa kawan sekolah menengah..diorang nampak lain..makin cantik & pandai bergaya..

Bila dah penat, kami pun beredar dari situ..sebelum pulang, kami sempat mengambil gambar bersama-sama..yelah bukan senang nak berkumpul semua..bila dah bersama memang perangai kami jadi gila-gila..hahaha..kami buat tak tau je bila orang tengok kami tangkap gambar..macam orang luar je gayanya..padahal kami memang anak jati Teluk Intan..kami happy sangat.. :)

kami suka bergambar :)

Bila dah puas tangkap gambar, kami pun beredar pulang..kalau tak silap masa tu dah pukul 11.00..bukan selalu pun kami keluar malam  :)

GA - PERTAMA DARI CIK MAY

Assalamualaikum..

Hari ni rasa nak join GA yang dianjurkan oleh Cik May pulak..

Klik sini untuk join :)

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kawan-kawan blogger..Pada sesiapa yang nak balik kampung tu berhati-hati di jalan raya..ingatlah orang tersayang..hehehe..yelah orang lain balik kampung..saya ni dah takde kampung so beraya di rumah sendiri jelah.. :)

Nak tag:


Kad Raya

Assalamualaikum..

Fuh penat betul buat kad raya ni..walaupun tak berapa cantik, tapi saya sangat puas hati..ini merupakan hasil kerja saya menggunakan Photoshop..bukannya pandai sangat guna Photoshop ni..main bedal je sebenarnya..hehehe..saya suka explore benda yang saya tak tahu..jadi tegoklah hasil yang tak seberapa ni..


Sebenarnya saya dah lama tak edit gambar ni..bila ada mood baru buat..kalau tak ada mood gambar yang di edit pun jadi tak cantik..betul ke?? tu bagi saya la..lain orang lain pendapatnya..

Ok la..saya nak bersahur dulu..nanti tak sempat pulak kan..pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi kita berpuasa..kepada semua selamat bersahur.. :)







Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita

Assalamualaikum..

Malam ni rasa macam nak join contest yang diadakan oleh 
Contest ni simple je..Hanya perlu pertaruhkan gambar sebelum & selepas di edit..
untuk syarat-syarat penyertaan anda boleh klik sini..


Baiklah gambar yang saya pilih untuk join contest ni adalah:
.
.
.
.
.
v

sebelum di edit

.
.
.
.
.
v

selepas di edit

Tentang gambar ni pula, gambar ni diambil semasa kami adik-beradik pergi ke Kuala Kangsar..inilah Masjid Ubudiah..cantik kan..kebetulan masa tu nak singgah untuk solat zohor..sebelum meninggalkan perkarangan masjid, saya sempat mengambil beberapa gambar untuk dibuat kenangan..

Tag:


Header Baru

Assalamualaikum...

Disebabkan mata ni tak dapat lelap, saya pun cuba la buat header yang simple ni..saya bukannya pandai sangat guna Photoshop..selalunya saya buat header guna Photoscape je..ni kira kaedah cuba jaya..hehehe..



ini header yang asal


ini pula header yang baru

Walaupun header ni tak berapa nak jadi, tapi saya tetap puas hati..ini merupakan kejayaan pertama menggunakan Photoshop.. :)

 Nampaknya memang tak tidur la jawabnya ni..lepas solat subuh baru tidur la..
hari ni mesti dapat tidur kejap je..
maklumlah hari ni mak cuti nak operasi kat rumah ni..hehehe..

Jelajah Mesir & Arab Saudi

Assalamualaikum semua...

Dah lama saya tak update blog ni..maklumlah sibuk mengemas rumah..kan dah nak dekat raya..hehehe..walaupun saya tak update blog, tapi saya tetap jenguk blog saya ni..ni pun baru je lepas jelajah:

 Mesir

Arab Saudi

p/s: nanti kalau ada group lain, saya akan terjah lagi.. :)

Jom Tambah Follower

Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ni saya rajin betul join segmen..mungkin disebabkan mempunyai banyak masa lapang sampai tak tahu nak buat apa kan..Terima kasih Mr Aril sebab menjemput saya untuk turut serta dalam segmen ini..



Klik sini untuk join :)


Saya Nak Doodle Alif Ismail

Assalamualaikum...

Hari rasa macam nak join segmen Alif Ismail pulak..tadi masa tengah bw kat blog kawan-kawan terjumpa segmen ni..rasanya sempat lagi kot nak join..


Klik sini untuk join

Saya nak sangat doodle dari Alif kerana doodle buatan anda sememangnya comel..saya suka tengok benda yang comel-comel ni..geram pulak rasanya..nak buat sendiri tak pernah nak jadi..huhu.. >.<

Kalau boleh saya nak warna kelabu mata doodle tu..mesti cute kan..



Mencari Kenalan Baru @deelicious

Assalamualaikum..

Hari ni rasa macam nak join segmen ni yang dianjurkan oleh che-D pulak..sejak akhir-akhir ni saya rajin betul nak join segmen..tak tahulah kenapa..yang pasti sekarang ni memang takde kerja nak buat.. :)


Klik sini untuk join

Contest Kad Raya By Niesya Bella

Assalamualaikum..

Kali ni rasa macam nak join contest yang dibuat oleh Cik Niesya Bella nie iaitu Contest Kad Raya..macam best je kan..Cik Niesya Bella sendiri yang ajak join contest nie tau..jangan jeles.. :)

Klik sini untuk join ye

Tengok banner dia pun comel je (bukan nak bodek ke ape ye)..hehehe..

Saya memang nak sangat kad raya..maklumlah dah lama tak dapat kad raya..huhu..kalau masa sekolah dulu ada jugak dapat..bila dah dapat saya akan simpan buat kenangan..tapi sekarang rasanya kad raya macam sudah dilupakan pulak.. 

Tag:

p/s: siapa rasa nak join silakan..tarikh tutup pada 19/8/2011





Jelajah Lagi

Assalamualaikum...

Fuhh penat betul malam ni..apa taknya baru lepas jelajah:


Perancis

England

New Zealand

Switzerland

Jauh betul perjalan malam ni..hahaha..mengarut je lebih sebenarnya..walaupun penat nak terjah satu-satu tapi akhirnya saya berjaya jugak..

Penat kot nak terjah group Jepun & Korea :)

Assalamualaikum dan selamat petang..

Baru-baru ni kan saya ada join Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah yang dianjurkan oleh Anif Abdullah..segmen tersebut menyarankan supaya setiap ahli terjah kumpulan sendiri barulah terjah ahli kumpulan lain..

Tengah malam tadi saya terjah semua ahli ahli group Jepun dan Korea..tapi saya berada di dalam group Jepun..memang penat nak terjah satu-satu..nasib baik line internet tak buat hal..tapi entah macam mana tiba-tiba je laptop terpadam..huaa..risau jugak kalau laptop ade problem kan..syukur alhamdulillah semuanya ok..


p:s/ kumpulan Jepun dan Korea saya dah terjah..
yang mana belum ada kumpulan tu, nanti saya terjah lagi..

Cuba eja nama korang dalam bahasa JEPUN

Assalamualaikum dan selamat tengahari.. :)

Entri ini hanyalah sekadar suka-suka..Hari ni saya nak share dengan anda semua tentang ejaan nama anda dalam bahasa Jepun..
Di bawah ni merupakan perwakilan dari setiap huruf..

A= ka, B= Tu, C= mi, D= te, E= ku, F= lu, g= ji, H= ri, I= ki, J= zu, K= me, L= ta, M= rin, N= to, O= mo, P= no, Q= ke, R= shi, S= ari, T= chi, U= do, V= ru, W=mei, X= na, Y= fu, Z= zi

Cubalah dan lihat hasilnya..adakah nama anda panjang berjela?? 

Contoh: LISA = takiarika

Bila dah dapat hasilnya post la dekat komen ye..hehehe..
Selamat mencuba.. :)


Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

Assalamualaikum semua..

Kali ini saya ingin mengajak anda untuk menyertai Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah yang dianjurkan oleh Anif Abdullah atau dikenali dengan nama AA..


Klik sini untuk syarat-syarat penyertaan.

Segmen ini telah dijemput oleh Cik Rosalia :) Jom la ramai-ramai kita memeriahkan lagi segmen ni..

Nama : 
Nur Hanis Mohd Isa

Hobi : 
Membaca novel 
mendengar mp3 especially k-pop songs 
mengedit gambar :)

Tag :

p/s: sape2 nak join dipersilakan..tak larat nak tag ramai-ramai :)



Terima Kasih :)

Assalamualaikum...

Kali ini saya nak berterima kasih kepada 
kerana telah mengadakan Perhimpunan Bloglist 4.0..
kira ni first time join la..

Cantik kot cenderahati yang diberikan walaupun simple je kan..
siapa yang join semua dapat..
Terima kasih banyak-banyak ye.. :)

Ini dia cenderahati yang saya dapat





Senario-Ops Pocot

Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan..tengah buat apa tu? Eh lupa pulak..kalau saya tanya pun bukan ada yang nak jawab pun kan..kalau nak jawab, jawab dalam hati pun cukup..hehehe..loyar buruk pulak ye..dah cukup2..ni saja2 update sebelum tidur..ok seperti tajuk post saya kali ini, saya ingin berkongsi pendapat saya tentang cerita tersebut..Di bawah ini merupakan sinopsis cerita tersebut..

Cerita Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat dan mudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu membuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).

Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi (Kamal Adli), Bob (Shahfiez), dan Maman (Hairul Azreen). Turut sama terlibat dalam kem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad (Mr. Os) yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid.

Bila dah tengok cerita ni, memang kelakar..dah la masa tengok cerita ni masa tu pukul 2.00 pagi..orang lain semua dah lena diulit mimpi tapi saya layan cerita ni..dah tak boleh tidur nak buat macam mana kan..Masa tengok cerita ni saya sampai tergelak-gelak tak ingat dunia..tapi disebabkan semua dah tidur, saya terpaksa mengawal gelak saya..siapa suruh tengok cerita time macam tu kan..tak berapa nak sesuai la kan..

Banyak jugak la part2 yang mencuit hati..bila tengok cerita ini, penggambarannya dilakukan sekitar Melaka..teringat masa belajar dulu..saya selalu jugak turun Melaka..ala Negeri Sembilan dengan Melaka bukan jauh sangat pun..kalau nak tahu cerita ni macam mana kena la tengok sendiri..tak gitu?? tu cuma pendapat saya la..lain orang lain pendapatnya..betul tak?? 

Ok la saya nak tidur dulu..pagi nanti nak kena bangun sahur lagi..rasanya belum terlambat lagi kalau saya nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua..pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa kan.. :)


Edit Blog

Assalamualaikum...

Hai semua..apa khabar? hari ni saya hanya mengedit blog dari pagi sampai la sekarang ni..bukannya apa bosan jugak kalau tengok background yang sama je..dah lama tak tukar background..hehehe..nanti kalau ada masa saya nak buat header baru pulak..nak buat yang cantik-cantik saya tak pandai..setakat yang simple boleh la..

Backgroung yang saya pilih ni simple je..warna hitam sudaa..bukan tak minat warna lain tapi saya lebih gemar warna hitam..hitam itukan menawan..cheewah..suka-suka je kan..hehehe..

Bila tengok blog orang lain semuanya cantik-cantik..jelous la pulak kan..takpe saya ni baru je belajar..ini pun hanya berpandukan tutorial Cik Lyssa. Tutorial yang disediakan memang senang nak faham..

Lepas tu tadi saya ada juga jenguk blog Hafizzi Aziz mengenai tutoral Photoshop-Cara Buat Header Comel Transparent..Tutorial yang diberikan pun memang mudah untuk diikuti..memang bagus diorang ni..tak kedekut ilmu.. :)

Saya akan terus belajar hari demi hari..bak kata pepatah:
 sedikit sedikit lama-lama jadi bukit
Tak gitu?? 


Ok la saya nak siap-siap pergi bazar ramadhan..nanti mak saya bising pulak.. :)

Novel

Assalamualaikum..

Semenjak duduk di rumah ni, saya menghabiskan masa dengan membaca novel..Online je pun bosan jugak kan..lebih baik mengisi masa lapang dengan lebih berfaedah..hehehe..

Kadang-kadang sanggup tidur lambat semata-mata nak menghabiskan bacaan novel..Bukannya apa kalau tak dapat habiskan novel tu, kita akan rasa tertanya-tanya apa yang akan jadi seterusnya..jadi untuk tidak menimbulkan pertanyaan yang berlegar-legar di kepala, lebih baik saya habiskan novel tu secepat mungkin..

Hobi saya membaca..jadi kira kena la kan dengan membaca novel pada waktu terluang..pernah jugak dulu masa tengah belajar sanggup baca novel padahal masa tu tengah menghadapi peperiksaan akhir..slumber je kan..bila diorang tanya "tak study ke?" saya jawab "lepas ni nak study la..nak cari mood"..macam-macam alasan kan..

Ini pula antara novel yang telah saya baca:

AD + IZ

Bukan Cinta Monyet

Doktor Cinta

Kurela Cinta Ini Bertamu

Diam-Diam Rindu

Di Sebalik Wajah
Semua novel yang saya dah baca ni memang best..tak rugi pun beli.. :)


Dugaan

Assalamualaikum..


Macam-macam perkara yang terjadi hari ni..pagi-pagi lagi lepas je sahur sakit pinggang yang amat sangat..tak tahu la nape..sampai berguling-guling menahan sakit pinggang..itulah kali pertama saya merasakannya..memang sebelum ni memang tak pernah rasa seperti itu..disebabkan saya tidak dapat menahan sakit, saya terpaksa meminta emak saya menghantar saya ke hospital..


Sesampainya di hospital, saya terpaksa menunggu 1 jam sebelum tiba giliran..saya bukan berada di jabatan pesakit luar tetapi di bahagian kecemasan..selalunya kalau di bahagian kecemasan semuanya cepat tapi pagi tadi rasa macam lama sangat..


Bila dah jumpa doktor macam-macam la kena buat..mula-mula kena ambil urine test..ingatkan dah selesai..rupanya kena tunggu setengah jam baru dapat keputusan..kemudian doktor bagi ubat tahan sakit (injection)..bila dah dapat keputusan, doktor cakap kencing kotor (ada sel darah merah pada urine)..saya terpaksa dimasukkan air..nasib baik saya tidak ditahan di dalam wad..



Bila dah selesai, saya terus ke jabatan x-ray untuk ambil tarikh temujanji..nasib saya dikira baik kerana saya dapat tarikh yang sama untuk berjumpa doktor pakar..jadi tak payahlah saya pergi hospital banyak kali..harap-harap jangan la ada apa-apa yang terjadi..




syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah semalam saya dapat menyempurnakan puasa..bukannya apa, masa dah pukul 6 lebih tiba-tiba je rasa tak larat dan pening..takut juga kalau hypo tiba-tiba..masa tu saya dah risau kalau tiap-tiap hari macam ni, macam mana saya nak puasa untuk hari berikutnya..tapi syukur alhamdulillah saya dapat bertahan dari terpaksa berbuka puasa..inilah yang saya terpaksa hadapi hari demi hari..


Walaupun ini merupakan dugaan buat saya, saya akan terus tabah menghadapinya..harap saya akan dapat bertahan hingga akhir puasa..

Sebelum tido semalam, tiba-tiba saya teringatkan arwah ayah saya..sudah 4 tahun ayah pergi menemuiNya..Sebak rasanya bila teringatkan kenangan bersama ayah tersayang..Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Amin..