Kebosanan...

Bila dah daftar terpaksa la dok kat UV nie..Dah la bosan dok kat sini..Kalau rumah dekat memang dah balik rumah semula lepas daftar..Maklumlah kan kelas tak mula lagi..hehehe..Tapi bila dah ada kat UV nie kebosanan makin menjadi-jadi.. Maybe sebab kelas tak mula lagi kot..Ntah la yang pasti memang membosankan..Bagi mengurangkan rasa bosan yang bertimbun-timbun tu, saya akan melakukan aktiviti seperti online facebook, main online game, dengar lagu kat handphone, tengok klip video artis korea (Super Junior, Beast, Girls Generation & macam2 lagi) serta tengok ceita yang ada dalam external nie especially citer korea n jepun..hehehe.. Tapi bila dah lama sangat online pun bosan jugak kan..ape lagi terus off laptop nie..Bila setiap hari melakukan rutin yang sama saya akan berasa jemu..hahaha.. Ini hanya buat sementara waktu..Bila dah mula sem nanti takde la rasa bosan tapi ia akan bertukar kepada sibuk.. Tapi hari ni xdela bosan sangat coz siang tadi keluar g PD..nak hilangkan bosan la katakan..hehehe..Padahal pergi PD sebab nak bank-in cek MARA & tukar minyak hitam kereta je.. Takde agenda lain pun..Tapi bila dah masuk UV semula paham2 jelah kan...Pandang dinding je setiap masa.. Tiba2 je malam ni teringat kat arwah ayah..huhuhu..dah hampir 4 tahun ayah meninggalkan kami semua..Semoga ayah ditempatkan bersama orang2 yang beriman...Amin..

Alhamdulillah...

Semalam merupakan hari yang sangat memenatkan. Mana xnya perjalanan yang sangat jauh..maklumlah dah lame x drive jauh2 nie..hehehehe.. Sakit pinggang jugak la. Kalau ikutkan hati xnak balik UV nie.. Bila cuti lame bosan pulak kat rumah tapi bila dah balik PD ni rase cam nak balik rumah je..ntah pape je..hehehe.. Perjalanan yang jauh ni mengambil masa hampir 5 jam. Bukannya dekat dari Teluk Intan ke Port Dickson.. Macam2 rasa ade..penat+ngantuk lagi. Dah la drive sorang2. Xde sape nak teman. Tu pun bertolak dalam pukul 10.30 dan sampai UV dalam pukul 3 lebih. Sampai2 UV je terus hantar barang masuk rumah dulu..dah settle semua baru pergi daftar..Suka hati je kn..hehehe.. Lepas selesai daftar terus pergi tandatangan invois MARA dari sem 1 hingga 6. Orang lain tandatangan invois tiap2 sem tapi saya ni kira special case la..ade je masalahnya. Tapi xpe saya rasa bersyukur sangat2 sebab hutang ngan kolej dah xbanyak. Tinggal yang kena bayar sendiri je.. Lepas settle daftar terus pergi kolej ambil result sem lepas ngan Naz. Alhamdulillah saya tak sangka dapat keputusan yang baik. Syukur sangat2. Result sem lepas merupakan result yang paling tinggi yang pernah saya dapat. Memang x target pun dapat camtu. Ini akan mendorong saya supaya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Masuk sem baru ni saya akan belajar dengan lebih tekun supaya mendapat result yang lebih cemerlang. Insyaallah.. =)

Macam-macam.. =)

Cikgu Laili & Pak Ngah

Semalam 19 Disember 2010 merupakan majlis perkahwinan antara Pak Ngah & Cikgu Laili. Kalau budak skolah Sultan mesti kenal Cikgu Laili punya. Hehehe. Cikgu Laili pernah jadi guru kelas saya semasa berada di Tahun 5 Merah. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan tegas. Tempoh perkenalan antara Pak Ngah & Cikgu Laili adalah sangat singkat. Inilah yang dikatakan jodoh. Kalau dah jodoh tak ke mana...hehehehe.. Kitorang smalam datang terus ke rumah Cikgu Laili. Tak sempat nak pergi masjid untuk saksikan upacara akad nikah..huhuhu.. Tapi xpe saya sempat merakamkan beberapa foto untuk dijadikan kenangan. Nak beli kamera mahal tak mampu cuma ada handphone untuk menyimpan momen2 terindah. Jadilah kan..ade rezeki nanti leh la beli kamera tu..(berangan la pulak..) Ini antara foto yang sempat diambil semasa berada di rumah Cikgu Laili. Siap edit skali.. =)

Antara hantaran yang diberikan kepada Cikgu Laili

Ramai juga saudara-mara yang hadir semalam. Penuh la jugak rumah Cikgu Laili..hehehe.. Ini antara tetamu yang hadir..

Antara tetamu yang hadir
Setelah selesai majlis, kami pun pulang ke rumah. Selepas itu kitorang pergi pekan untuk menonton wayang. Kitorang tengok cerita Aku Masih Dara kat Big Screen Cinema. First time tengok wayang kat situ. Cerita tu tak la best sangat tapi boleh la.. Ending dia macam tak logik je.. Kelakar la..hehehe.. Lepas tu kitorang pergi makan kat KFC. Dah lame sebenarnya nak makan kat situ tapi tak berkesempatan. Sebelum balik ke kolej inilah masenye nak jalan2. Nak release tension la katakan..hehehe..lepas ni banyak assignment yang akan menunggu. Takde masa nak jalan2 dah. Projek akhir pun xtau nak watpe. Jenuh fikir projek ape yang nak wat. Tak tau la..xde idea.. Ini adalah adik saya. Kitorang pergi jalan2 semalam sama2..


Seronok sangat semalam. Dapat jalan2 sebelum balik ke Port Dickson. Minggu depan dah nak kena balik sana dah. Barang2 semua tak prepare lagi.. Malasnya la..huhuhu.. 18/1/2011 nanti ade medical check up kat hospital. Mase tu la dapat balik rumah pun. Tu pun kejap je. Tak tau la bila lagi dapat balik. Sabtu & Ahad nanti macam biasa la ade Bakti Siswa. Kadang2 malas jugak nak pergi. Tapi kene pergi jugak. Nak tak nak kene pergi.. Lau tak nanti tak boleh konvo. Jadi takde masa nak balik rumah..huhuhu..

Gelagat kitorang kat KFC

Bila dah mula kuliah nanti dah xde masa nak update blog ni.. Dah la kat sana line internet macam pe.. Susah nak update & online.. Tapi lau ade  mase nanti saya akan update blog ni... K la dah xtau nak tulis pe lagi. Harap sem depan dapat wat yang terbaik. Wassalam.. =)

Percubaan Pertama ^.^

Semasa Hari Raya Aidilfitri 2010

Hari ni merupakan kali pertama saya buat blog. Sebenarnya saja suka2 nak cuba buat. Akhirnya inilah hasilnya. Berapa jam menghadap laptop nak siapkan blog ni tadi. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh terhasil juga blog yang simple n cute ni. Baru belajarlah katakan. Hehehe. Bukan pandai sangat nak wat blog ni. Ini pun hanya untuk mengisi masa yang terluang. Maklumlah cuti2 ni kan bosan. Kelas pun belum mula lagi. Tak sabar rasanya nak mula sem baru. Sem depan merupakan sem akhir. Lagi banyak la assignment yang menanti. Inilah tugas yang perlu dilakukan oleh student macam saya ni. Pelbagai cabaran & dugaan yang bakal dihadapi. Chaiyok2!!! Hahaha =)

Gambar ni diambil semasa tahun 2002