Hai kawan-kawan..tengah buat apa tu? Eh lupa pulak..kalau saya tanya pun bukan ada yang nak jawab pun kan..kalau nak jawab, jawab dalam hati pun cukup..hehehe..loyar buruk pulak ye..dah cukup2..ni saja2 update sebelum tidur..ok seperti tajuk post saya kali ini, saya ingin berkongsi pendapat saya tentang cerita tersebut..Di bawah ini merupakan sinopsis cerita tersebut..
Cerita Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat dan mudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu membuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).
Tujuan utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut, mereka turut berkenalan dengan Hairi (Kamal Adli), Bob (Shahfiez), dan Maman (Hairul Azreen). Turut sama terlibat dalam kem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara askar iaitu Pak Bad (Mr. Os) yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan garangya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga Wahid.
Bila dah tengok cerita ni, memang kelakar..dah la masa tengok cerita ni masa tu pukul 2.00 pagi..orang lain semua dah lena diulit mimpi tapi saya layan cerita ni..dah tak boleh tidur nak buat macam mana kan..Masa tengok cerita ni saya sampai tergelak-gelak tak ingat dunia..tapi disebabkan semua dah tidur, saya terpaksa mengawal gelak saya..siapa suruh tengok cerita time macam tu kan..tak berapa nak sesuai la kan..
Banyak jugak la part2 yang mencuit hati..bila tengok cerita ini, penggambarannya dilakukan sekitar Melaka..teringat masa belajar dulu..saya selalu jugak turun Melaka..ala Negeri Sembilan dengan Melaka bukan jauh sangat pun..kalau nak tahu cerita ni macam mana kena la tengok sendiri..tak gitu?? tu cuma pendapat saya la..lain orang lain pendapatnya..betul tak??
Ok la saya nak tidur dulu..pagi nanti nak kena bangun sahur lagi..rasanya belum terlambat lagi kalau saya nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua..pejam celik pejam celik dah seminggu kita berpuasa kan.. :)
No comments:
Post a Comment