Macam-macam perkara yang terjadi hari ni..pagi-pagi lagi lepas je sahur sakit pinggang yang amat sangat..tak tahu la nape..sampai berguling-guling menahan sakit pinggang..itulah kali pertama saya merasakannya..memang sebelum ni memang tak pernah rasa seperti itu..disebabkan saya tidak dapat menahan sakit, saya terpaksa meminta emak saya menghantar saya ke hospital..
Sesampainya di hospital, saya terpaksa menunggu 1 jam sebelum tiba giliran..saya bukan berada di jabatan pesakit luar tetapi di bahagian kecemasan..selalunya kalau di bahagian kecemasan semuanya cepat tapi pagi tadi rasa macam lama sangat..
Bila dah jumpa doktor macam-macam la kena buat..mula-mula kena ambil urine test..ingatkan dah selesai..rupanya kena tunggu setengah jam baru dapat keputusan..kemudian doktor bagi ubat tahan sakit (injection)..bila dah dapat keputusan, doktor cakap kencing kotor (ada sel darah merah pada urine)..saya terpaksa dimasukkan air..nasib baik saya tidak ditahan di dalam wad..
Bila dah selesai, saya terus ke jabatan x-ray untuk ambil tarikh temujanji..nasib saya dikira baik kerana saya dapat tarikh yang sama untuk berjumpa doktor pakar..jadi tak payahlah saya pergi hospital banyak kali..harap-harap jangan la ada apa-apa yang terjadi..
No comments:
Post a Comment