Apa itu Hipoglisemia


Assalamualaikum..

Anda semua tahu tak apa itu hipoglisemia atau hipo?

Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:


  • Makan terlalu sedikit. 
  • Masa makan yang tidak tetap.
  • Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
  • Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat.
  • Penyakit misalnya cirit-birit


Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.

Simptom / Tanda-tanda
Simptom hipoglisemia adalah:
  • Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
  • Mudah marah
  • Pening 
  • Loya dan lemah 
  • Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
  • Penglihatan yang kabur


Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.


Inilah yang terjadi kepada saya pada lewat petang tadi..dah la tinggal keseorangan di rumah..bahaya sebenarnya kalau duduk di rumah keseorangan lagi-lagi penghidap kencing manis macam saya ni..macam-macam boleh jadi..nasib baik tak pitam..masa tu pandangan saya mula kabur dan berpeluh-peluh seperti orang baru lepas berlari..sempat jugak saya memaut kerusi untuk duduk..kalau tidak tak tahulah apa yang terjadi kepada saya..


1 comment:

Unknown said...

klo di ikutkan simptom2 hipoglisemia,saya adalah salah seorg yg mengalami masalah hipoglisemia...
pernah terjadi kejadian tgh mlm.saya ke tandas.tgh2 kencing,tibe2 jantung saya brdegup kencang n then saya pitam sekelip mata je...byk kali dh terjadi.....