Hari ni macam rajin pulak nak update blog ni. Sebenarnya hari ni cadang nak keluar dengan adik-adik (disebabkan semua ada kat rumah ni) tapi tengok cara diorang macam tak jadi nak keluar pulak. Macam-macam la diorang ni. Bila tak nak keluar bukan main lagi beria nak ajak tapi sekarang ni semua buat tak tau je. Ada jugak yang kena jap lagi. =.=
Okay la biarlah diorang wat kerja sendiri dulu. Sebenarnya masa cuti ni tak tau nak buat apa kat rumah ni. Yelah orang lain ada yang kerja, bercuti dan macam-macam lagi la. Saya pulak duduk terperuk je kat rumah ni. Maklumlah cuti sebulan je. Lepas ni sambung belajar balik. Bila masa belajar nak cuti tapi bila dah cuti bosan pulak duduk kat rumah ni. Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. =.=
Semalam tengah berborak dengan mak tiba-tiba adik saya tanya mak saya dengan bermacam-macam soalan. Antaranya ialah:
Adik: Mak pernah tak mengidam apa-apa masa mengandungkan adik dulu?
Mak: Tak ada pun.
Adik: Yeke? Takkan la tak ada langsung.
Mak: Kalau ada pun masa mengandungkan Afiqah dulu (adik ke-2 saya)
Adik: Owh. Mak ngidam nak makan apa?
Mak: Mak nak sangat makan kelapa telur.
Adik: Kelapa telur tu macam mana? Tak pernah dengar pun >.<
Mak: Buah kelapa tu kecik-kecik je. Masa tu susah sangat nak jumpa tapi sekarang banyak.
Adik: Owh. Dah tu mak dapat makan ke tak?
Mak: Tak dapat pun..
Afiqah: Patutlah akak tak suka kelapa.
Saya: Yelah tu pikah..
Adik: Bukan dulu mak pernah cakap yang mak suka tengok kening halus anak india ke masa mak mengandungkan ayong dulu?
Mak: Haah. Mak berkenan tengok kening dia. Halus je. Cantik. Tu yang kening ayong halus je.
Saya: Haah memang pun. Ayong ni macam tak ada kening je. Hehe :)
Itulah antara dialog yang kami bualkan petang semalam. Tak larat nak taip semua. Inilah rupa bila semua berkumpul. Seronok sangat bila semua ada kat rumah ni. Memang happening habis.
Malam tadi pulak kami sekeluarga join main Money Drop secara online. Memang seronok sangat. Semua duduk depan tv dengan laptop di sisi. Semua sedia nak jawab soalan dengan semangat yang berkobar-kobar. Bila ingat semula memang kelakar. Malam ni kami semua akan bermain lagi. :)
Hujung minggu ni jelah pun dapat berkumpul bersama-sama. Esok adik saya, Afiqah akan balik UiTM. Lagi dua orang bercuti selama seminggu. Seorang lagi cuti sampai esok (maklumlah praktikal). Bila sorang dah balik U dah tak cukup geng. hehehe.
Nak buat macam mana kan semua masih belajar termasuklah saya. Jadi bila masa cuti panjang jelah pun dapat berkumpul. Kalau tak memang tak dapat duduk sama-sama. Bila cuti ni je pun rumah jadi riuh rendah. Lepas ni sunyi balik la rumah ni.
Okay la. Dah tak tau nak merepek apa lagi. Harap kawan-kawan semua menikmati cuti ini dengan sebaiknya. Have a nice day :)
No comments:
Post a Comment