Macam-macam.. =)

Cikgu Laili & Pak Ngah

Semalam 19 Disember 2010 merupakan majlis perkahwinan antara Pak Ngah & Cikgu Laili. Kalau budak skolah Sultan mesti kenal Cikgu Laili punya. Hehehe. Cikgu Laili pernah jadi guru kelas saya semasa berada di Tahun 5 Merah. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan tegas. Tempoh perkenalan antara Pak Ngah & Cikgu Laili adalah sangat singkat. Inilah yang dikatakan jodoh. Kalau dah jodoh tak ke mana...hehehehe.. Kitorang smalam datang terus ke rumah Cikgu Laili. Tak sempat nak pergi masjid untuk saksikan upacara akad nikah..huhuhu.. Tapi xpe saya sempat merakamkan beberapa foto untuk dijadikan kenangan. Nak beli kamera mahal tak mampu cuma ada handphone untuk menyimpan momen2 terindah. Jadilah kan..ade rezeki nanti leh la beli kamera tu..(berangan la pulak..) Ini antara foto yang sempat diambil semasa berada di rumah Cikgu Laili. Siap edit skali.. =)

Antara hantaran yang diberikan kepada Cikgu Laili

Ramai juga saudara-mara yang hadir semalam. Penuh la jugak rumah Cikgu Laili..hehehe.. Ini antara tetamu yang hadir..

Antara tetamu yang hadir
Setelah selesai majlis, kami pun pulang ke rumah. Selepas itu kitorang pergi pekan untuk menonton wayang. Kitorang tengok cerita Aku Masih Dara kat Big Screen Cinema. First time tengok wayang kat situ. Cerita tu tak la best sangat tapi boleh la.. Ending dia macam tak logik je.. Kelakar la..hehehe.. Lepas tu kitorang pergi makan kat KFC. Dah lame sebenarnya nak makan kat situ tapi tak berkesempatan. Sebelum balik ke kolej inilah masenye nak jalan2. Nak release tension la katakan..hehehe..lepas ni banyak assignment yang akan menunggu. Takde masa nak jalan2 dah. Projek akhir pun xtau nak watpe. Jenuh fikir projek ape yang nak wat. Tak tau la..xde idea.. Ini adalah adik saya. Kitorang pergi jalan2 semalam sama2..


Seronok sangat semalam. Dapat jalan2 sebelum balik ke Port Dickson. Minggu depan dah nak kena balik sana dah. Barang2 semua tak prepare lagi.. Malasnya la..huhuhu.. 18/1/2011 nanti ade medical check up kat hospital. Mase tu la dapat balik rumah pun. Tu pun kejap je. Tak tau la bila lagi dapat balik. Sabtu & Ahad nanti macam biasa la ade Bakti Siswa. Kadang2 malas jugak nak pergi. Tapi kene pergi jugak. Nak tak nak kene pergi.. Lau tak nanti tak boleh konvo. Jadi takde masa nak balik rumah..huhuhu..

Gelagat kitorang kat KFC

Bila dah mula kuliah nanti dah xde masa nak update blog ni.. Dah la kat sana line internet macam pe.. Susah nak update & online.. Tapi lau ade  mase nanti saya akan update blog ni... K la dah xtau nak tulis pe lagi. Harap sem depan dapat wat yang terbaik. Wassalam.. =)

2 comments:

hanie said...

cikgu laili kahwen len ker???

Hanis Isa said...

yup..hjung thun lepas.. :)