Assalamualaikum semua..
Pada hari sabtu yang lepas, sudah menjadi rutin mingguan untuk kami menghadiri aktiviti kokurikulum iaitu bola jaring..Seperti biasa, sy terpaksa bangun awal untuk bersiap jika ada aktiviti ko kurikumum..jika tidak, sy akan sambung tido dan bangun lambat sedikit daripada hari-hari biasa..hehehe..paham2 jelah ye.. ;) Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan terakhir di mana kami ditugaskan untuk membuat kertas kerja perlawanan bola jaring..Cik Ika menerangkan bagaimana caranya untuk membuat kertas kerja tersebut..Kami diberi masa sehingga Khamis untuk menyerahkan kertas kerja yang telah siap kepada HEP..Antara ahli2 yang berada di dalam kumpulan sy ialah Iriana, Raudha, Ayu, Nabila & Nazzira..Sy sebagai pengarah program yang dilantik oleh Iriana terpaksa menggalas tanggungjawab untuk menyiapkan kertas kerja tersebut (ayat xboleh blah je kan..hahaha..)
Setelah selesai perjumpaan tesebut, sy, Dayah, Ika & Naz bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Melaka..Tapi sebelum tu, kami terpaksa mengambil Mira di rumah..Yelah takkan nak biarkan Dayah beli komponen tu sorang2 pulak kan..Ni kan kerja berkumpulan..Mana taknya, kami pergi ke Melaka semata-mata mencari komponen elektronik yang masih belum dijumpai dan mencari komponen baru untuk menyiapkan projek akhir sebelum tamat pengajian diploma di sini..Penat jugak la maklumlah sy ni bukannya 'familiar' sangat dengan tempat orang ni..Tempat sendiri pun tak habis jalan lagi inikan pulak kat tempat orang..hehehe..Agak pening jugaklah nak bawak kete dengan keadaan yg mengantuk..Mana taknya orang lain tido awal tapi saya tido pukul 2.00 pagi..Ape nak jadilah agaknya..huhuhu..Ni semua gara-gara main Baking Life..Dah jadi ketagih lak..Lau tak main sehari rasa tak sempurna hari tu...chewah..Pape jelah kan..hehehe.. ;)
Semasa sampai di bandar Melaka, kami terus cari kedai menjual komponen tu..Dah la kedai agak tersorok pulak tu..dengan jalan sehala lagi..Tension je..huhuhu..Bila kami sampai di sana, kami terus ke kedai yang dimaksudkan..Kami terserempak dengan Hariz & Aizat..Diorang pun cari komponen jugak rupanya..Tapi masa tu diorang dah selesai beli..mungkin on the way nak balik hostel semula..Masa kt kedai tu kami beli la semua komponen yang diperlukan saja..Nak dekat RM50 jugak la kt situ je..Takpelah demi menyiapkan projek akhir..(pasrah je bunyinya..hehehe..)
Setelah selesai semua perkara, kami pun pergi ke JJ MC..bila sampai je terus cari makan maklumlah sebelum bertolak tak sempat nak sarapan dulu..huhuhu..Bila dah sampai medan selera dah tak tau nak makan apa pulak..last2 sy makan yong tau foo je..hehehe..yang lain makan nasi ayam kecuali Ika makan kueytiaw sizzling..macam sedap je..xpe2 lain kali makan benda lain pulak..hehehe..bila dah kenyang semua, kami jalan2 la dalam JJ tu..Banyak kedai jugak la ktorang singgah untuk mengisi masa terluang..hahaha..Agak seronok la jugak..bukan senang nak jalan2 macam tu..huhuhu..Bila dah puas berjalan, last sy dan Mira g beli pizza kat Papa Johns..sedap jugak la kan...Memang time tu ada promotion tu yang dapat separuh harga je..bukan senang dapat promosi macam tu..
Dalam pukul 5 kami bertolak pulang..Bukan ape lau lambat gerak dari sana, nanti lambat pulak sampai hostel..terhibur juga la hati nie..kalau tak memang pikir nak balik rumah je..Bila dah selesai semua, sy pun hantar Mira pulang ke rumah semula..Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang..Memang penat jugak la kan..Yelah dah lama tak drive jauh2 nie..Memang enjoy jugak la..dapat hilangkan stress ni sikit..Minggu ni pulak ada test 2 Pengkomputeran Internet (IP)..Dah la tak study lg..lepas ni sy akan jarang update blog nih..Maklumlah awal bulan April nie ada exam MUET..Doakan sy semoga boleh buat dengan baik...Insyaallah.. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kalau nak cari komponen elektronik murah bleh visit website www.daxtronics.com.my
Post a Comment