Jalan jalan :)

Assalamualaikum semua..

Wah dah lama rasanya tak update blog ni..Rindu pulak rasanya..cheewahh..kelakar pulak bunyinya bila cakap camtu..hehehe..

Hari jumaat lalu kan keluar keputusan UPU..jadi semua yang memohon pakat tunggu giliran untuk semak keputusan UPU sama ada diterima masuk ke universiti ataupun tidak..tetapi malangnya saya tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana universiti..sedih kot..

Jadi saya mengambil keputusan untuk pergi ke kolej esok untuk mengambil transkrip, keputusan MUET & surat pengesahan tamat belajar..bukannya dekat jarak kolej dengan rumah saya..nasib baik emak saya ada mesyuarat di Seremban..apa lagi saya pun ikut sekali la kan..alang-alang Seremban ke Port Dickson bukannya jauh sangat..hehe..macam pergi bercuti pulak kan..

Petang tadi pergi makan kat Terminal 1..kat kopitiam..1st time makan Nasi Goreng+Chicken Chop+Teh o Ais Limau..pergh..sedap gila la..

Menu petang tadi..memang sedap.. :)
Ni pun baru balik dari makan kat pekan Seremban..tapi malam ni makan Mee Goreng Pataya & Teh o Ais..lepas tu jumpa pulak kawan kebetulan esok nak pergi kolej sama-sama..dah jumpa apa lagi borak sampai tak ingat dunia..hahaha..memang best sangat..

Inilah rakan sekelas saya..Iriana namanya.. :)

Ini pula emak saya.. :)

Esok jalan-jalan pergi kolej pulak (padahal ada perkara penting nak diselesaikan..) bersama Iriana & Hidayah..harap-harap semua dapat settle esok..bila dah ada semua dokumen yang diperlukan barulah senang nak buat rayuan..harap-harap semua berjalan dengan lancar..Amin..


No comments: