Kehidupan Baru Di Kampus

Assalamualaikum..


Hampir seminggu saya tidak update blog ni..maklumlah minggu lepas saya sibuk dengan urusan persiapan terakhir untuk memasuki universiti..memang kelam kabut dibuatnya..semuanya last minute..


Pada hari isnin lalu saya telah mendaftar di UPM..luas juga kawasan UPM ni..ni pun tak sempat lagi nak melawat semua kawasan..kalau ada kenderaan memang saya pusing satu UPM ni..


Sebelum ni pergi kolej drive sendiri tapi sekarang ni nak pergi kuliah jalan kaki je..jarak fakulti dengan kolej dekat je..nasib baik dekat kalau tak memang kena naik bas la jawabnya..memang rasa lain la..mana taknya dapat menghirup udara segar sambil menikmati pemandagan yang indah..(ayat bukan main lagi)..


Kalau dulu masa belajar kat kolej umur kawan-kawan lebih kurang je tapi kat sini ramai lagi muda..(terasa tua la pulak..huhu..)..bagi saya umur tak jadi penghalang untuk menimba ilmu..bila kat sini saya berkawan dengan kawan-kawan lepasan diploma..diorang tak sombong pun..bukan macam sesetengah tu nak kawan dengan setaraf dengan diorang je..(siapa makan cili dia terasa pedasnya..)


Tapi kehidupan kat sini memang terasa lain la dari kat kolej dulu..lagi best masa kat kolej dulu..kawan-kawan pun semua ok je..tiba-tiba rindu pulak kat kawan-kawan kolej..huhu..bila la dapat jumpa lagi..dah la konvo Uniti saya tak pergi..harap pada masa akan datang saya dapat berjumpa dengan mereka semua..